UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bandar Satelit Islam Marang dirancang

KUALA TERENGGANU: Sebuah bandar baru Marang yang boleh menarik pelancong ilmuan dari seluruh dunia dan menjadi bandar satelit atau bandar bintang kepada bandar Kuala Terengganu sedang dirancang untuk dikemukakan kepada Kerajaan. Sebuah jawatankuasa terdiri pakar dari pelbagai bidang telah dibentuk dengan dipengerusikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Hussein Ismail. Ini dinyatakan oleh Haji Hussein dalam dialog dengan masyarakat Marang yang dihadiri sama oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Bandar tersebut akan didirikan di mana-mana dalam daerah Marang, tidak semestinya di tapak pekan Marang sekarang dan namanya belum ditentukan lagi tetapi akan disesuaikan dengan imej sebuah bandar ilmu dan ciri-ciri sebuah kota raya Islam yang dapat dikenali di peringkat antarabangsa.

Haji Hussein berkata, cadangan itu asalnya adalah dari usul yang diluluskan oleh Muktamar PAS Kawasan Marang yang semangatnya adalah bagi merakamkan penghormatan kepada Menteri Besar Terengganu sekarang yang menjadi wakil rakyat dari kawasan itu. Sebagai mana imej Menteri Besar dan kampung kelahirannya Rusila begitu dikenali di peringkat antarabangsa baik dari kalangan umat Islam dan bukan Islam, bandar itu nanti dipercayai akan mudah dikenali.

Bagaimana pun dalam rangka pembangunan Daerah Marang yang dibentangkan untuk disemak oleh orang ramai ada digariskan untuk menjadikan Kampung Rusila sebagai pusat perkembangan ilmu bagi Negeri Terangganu. Haji Hussein menyatakan nama Rusila tidak ditolak untuk digunakan jika kawasan Rusila dipilih menjadi tapak baru bandar itu. Laporan jawatankuasa itu nanti akan diserahkan untuk kajian dan pelaksanaan kerajaan negeri.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com