UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




19 ahli MPKT dilantik

KUALA TERENGGANU: Seramai 19 orang Ahli Majlis Perbandaran Kuala Terengganu(MPKT) mengangkat sumpah di depan Yang Dipertua MPKT, Dr.Haji Sulaiman Abdullah di Dewan Mesyuarat Majlis, Tingkat Lapan, Menara Permint 8 Januari baru-baru ini.Mereka yang terpilih kali ini ialah Pentadbir Tanah Kuala Terengganu, Haji Abdul Razak Ismail, Haji Zainuddin Abu Bakar, Haji Mohd Nasir Dato’ Mansor, dan Harun Salleh bagi kumpulan satu. Manakala kumpulan dua terdiri dari Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan) Haji Wan Mohamad Wan Ibrahim, Othman Ismail, Hashim @ Abdul Razak Omar, dan Mohd Nordin Mahmood. Kumpulan ketiga, Tuan Chik Tuan Muda, Syed Mohamad Suhaimi Syed Mohamad, Azmi Mohd. Yassin dan Che Manan Ali. Kumpulan keempat terdiri dari Dr. Hajjah Wan Saleha Dato’ Wan Ishak, Roshazlina Mohd Nor, Haji Ahmad Kamal Ali, dan Alias Bakar. Manakala kumpulan kelima diwakili oleh Mohd Ali, Abu Bakar Abdullah dan Ng Chai Heng.

Dr. Haji Sulaiman Abdullah dalam ucapan alu-aluannya menyatakan tugas sebagai ahli Majlis bukan satu tugas yang mudah. Beliau menekankan bahawa ia adalah tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

"Tugas berat ini tidak hanya terletak kepada Yang Dipertua MPKT dan ahli-ahli majlis sahaja, tetapi ia adalah tanggungjawab semua pihak," jelasnya. Katanya, untuk mewujudkan Bandar Kuala Terengganu sebagai Bandar sejahtera bercirikan Islam, ia akan dicapai sekiranya ada kesepakatan dan kesungguhan untuk melaksanakannya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Haji Wan Abdul Muttalib Embong.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com