UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Jentera TATI dibaikpulih kemudian diuji

KUALA LUMPUR: Jentera milik Institut Lanjutan Teknikal Terengganu (TATI) di Kemaman yang dikatakan diserahkan kepada saudagar Tionghua di Selangor untuk kegunaan perusahaannya sebenarnya adalah untuk dibaikpulih. TATI menghantarnya kepada pengusaha di Serdang, Selangor kerana pengusaha itu sahaja yang diketahui berupaya untuk membaikinya.

Adalah dipersetujui jentera itu digunakan dulu oleh pengusaha baik pulih itu bagi memastikan jentera itu betul-betul pulih dan boleh beroperasi dengan baik. TATI mendapat bahagian keuntungan, sementara ia digunakan oleh syarikat itu. Penjelasan itu diberikan bersama oleh Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pengerusi TATI yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Haji Harun Taib kepada rakan-rakannya di ibu kota baru-baru ini.

Kedua pemimpin itu berada di sini kerana mesyuarat. Rakan-rakannya memerlukan penjelasan atas isu itu. Mereka mengesahkan bahawa jentera itu dikeluarkan dari kawasan TATI di waktu malam. Ia adalah urusan lori. Lori setuju mengambilnya waktu itu dan ada rekod bila ia dibawa keluar dan ke mana ia hendak dibawa. Tetapi ia dilaporkan dibawa lari tengah malam.

Kedua-dua pemimpin itu mengesahkan bahawa Badan Pencegah Rasuah telah datang menyiasat perkara itu dan TATI telah memberikan kerjasama. Semua keterangan dikehendaki telah diberikan. Jentera itu adalah kepunyaan anak syarikat TATI. Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor, dan beberapa orang lagi yang mendengar penjelasan itu berpuas hati.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com