UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




MB Terengganu tolak cadangan pecat imam Kerajaan lama

MARANG: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menolak cadangan supaya dicantas imam-imam dari kalangan UMNO yang dikatakan tidak mematuhi dasar kerajaan sekarang. Bercakap dalam majlis dailog dengan masyarakat di sini beliau memberitahu 99 peratus dari imam-imam di lebih 400 masjid semasa kerajaan baru dibentuk adalah terdiri dari imam-imam yang dipacak oleh kerajaan lama tetapi bilangan masjid dan imam-imam yang bermasalah sudah tidak banyak. Beliau berharap masalah itu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Kerajaan menolak cadangan mencantas itu kerana kerajaan tidak mahu pengaruhnya akan berkurangan dan menjadi lemah. Jika kebanyakkan imam dicantas, nanti jadi ibarat ayam yang disembelih hari-hari akhirnya tinggal reban saja. Sebaliknya Menteri Besar mahu orang ramai sendiri berani menghadapi masalah itu dengan hadir pergi ke masjid-masjid berkenaan. Masalahnya ialah kebanyakannya enggan atau malu pergi ke masjid-masjid tadi kerana sebelum berkuasa dulu mereka tidak pergi ke masjid itu. Beliau berharap penyokong-penyokong kerajaan memahami bahawa mereka sekarang sudah berkuasa dan menghadapinya secara pihak berkuasa.

Menteri Besar berpuas hati dengan imam-imam lama walaupun mulanya mereka dipacak di situ oleh kerajaan dulu, tetapi dalam pemerintahan sekarang mereka diberi peluang mengikuti kursus melalui Akademik Pembangunan Insan dan mereka telah menunjukkan perubahan ke arah kebaikan. Bagaimanapun beliau menjelaskan Kerajaan tetap tidak membenarkan imam-imam dan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan kerajaan menyertai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta kegiatannya.

Katanya, Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Senara Muda pernah menghantar surat memberi amaran supaya imam-imam tidak bersekongkol dengan JKKK kerana ia adalah badan yang tidak sah di sisi Kerajaan Negeri. Mengenai juru nikah pula beliau berharap JSR hendaklah memberi nama calon-calon yang berkelayakan untuk ditauliahkan. Mana-mana mereka yang dicalon, jika tidak cukup kelayakan, hendaklah belajar dulu.

Menteri Besar juga menyebut penguatkuasa mencegah penyakit sosial yang ada sekarang tidak berkesan kerana gerakan pencegahan selalunya dibocorkan oleh orang dalam. Ini kerana dalam jabatan kerajaan sendiri ada orang-orang yang membocorkan langkah-langkah yang hendak diambil oleh kerajaan. Beliau berkata, beliau telah pun berbincangkan dengan Ketua Polis Negeri untuk bekerjasama menghadapi masalah ini.

Bagaimanapun kerajaan bercadang untuk membentuk pasukan pencegah sukarela di peringkat tempatan bagi menghadapi gejala penyakit sosial yang bertambah itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com