UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kemaman cepat selesai tanah

MARANG: Daerah Kemaman adalah daerah yang paling cepat dapat menyelesaikan banyak permohonan tanah untuk rakyat dan ia diikuti oleh Daerah Setiu. Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Majlis Dialog Bersama Masyarakat di Daerah Marang di sini baru-baru ini.

Proses pemberian tanah kepada rakyat adalah satu urusan rumit yang kadang-kadang memakan masa panjang. Beliau lalu menyeru pemohon-pemohon tanah dari Marang supaya bersabar dua atau tiga bulan lagi. Tetapi Menteri Besar nampaknya gembira dengan keupayaan kerajaannya dapat menyerahkan geran kepada rakyat di kawasan Felda Neram 1. Beliau menyebut keupayaan Daerah Kemaman kerana dalam tempoh yang singkat dapat menyerahkan geran untuk sekitar kira-kira 500 lot di situ.

Menteri Besar juga menceritakan betapa ada pihak yang cuba menghalang orang yang berjaya dari menerima geran itu kerana kononnya ia adalah geran palsu. Bagaimanapun ketua yang menghasut supaya dipulaukan majlis itu datang mengambil gerannya. "Orang itu kemudian pergi ke bank untuk menguji geran itu palsu atau tidak. Bank mengesahkan ia geran asli dan boleh dicagarkan kepada bank," jelasnya.

Sekarang orang-orang yang termakan hasutan itu menyesal kerana tidak datang mengambil gerannya dulu. Beliau juga menjelaskan tanah yang boleh diberi di seluruh negeri Terengganu adalah terhad kecuali dibuka hutan-hutan. Oleh itu kerajaan terpaksa mengutamakan orang yang tidak bertanah dan tidak pernah mendapat tanah dari kerajaan. Proses memestikan permohonan tidak pernah mendapat tanah adalah antara yang melambatkan proses itu.

Sementara itu, Haji Wan Muda Ismail, Pegawai Khas di Pejabat Menteri Besar memberi tahu sebanyak 300 lot tanah di Lubuk Ampa di sini sedang diproses dan antara yang terpaksa memakan masa sedikit ialah ada lot-lot itu diperuntukkan kepada pemohonan dari kampung-kampung yang berdekatan. Mengenai sungutan ada wakil-wakil rakyat dikatakan tidak melawat kawasan, Menteri Besar berkata, di bawahnya telah ditubuhkan satu badan untuk memantau apakah wakil rakyat menjalankan kerjanya atau tidak.

Antara wakil rakyat itu, katanya, ialah beliau sendiri. Pada umumnya wakil rakyat menjalankan kerja sama ada melawat kawasan atau berada di pejabat masing-masing. Kalau sebelum menjadi wakil rakyat mereka selalu dilihat di kawasannya kerana ketika itu mereka tidak ada kerja tertentu. "Tetapi setelah menjadi wakil rakyat, antara mereka datang awal ke pejabat dan balik lewat setelah pegawai lain pulang," jelasnya. Mereka juga terpaksa menyemak dan membaca berbagai-bagai laporan dan termasuk fail-fail kerajaan dulu.

Antara tekanan kerja yang berat, ada wakil rakyat yang menjadi imam solat Jumaat terlupa membaca nyaring dalam rakaat kedua. Ini disambut dengan ketawa oleh orang ramai. Bagaimanapun Dato’ Seri Menteri Besar mengakui kerana kesebukan bekerja wakil rakyat kadang-kadang tidak membahagikan masa dengan baik. Beliau memberi jaminan supaya masing-masing menyusun jadual supaya ada masa melawat sebanyak-banyak tempat dalam kawasannya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com