UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Galak membina masjid melalui belanja orangramai

BESUT: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberi penghormatan tinggi kepada masyarakat yang membangunkan surau dan masjid secara gotong royong tetapi kecewa dengan pembinaan rumah ibadat yang menyekat peluang orang ramai membuat amal jariyah. Ini dinyatakan oleh Tuan Guru ketika merasmikan Surau Madrasah Al Ukhwah di Batu Tumbuh di sini baru-baru ini. Surau itu didirikan oleh usahawan tempatan dan penduduk setempat.

Surau bagi istilah orang ramai tetapi dikira masjid oleh ulama’ fekah wajar dibangunkan secara gotong royong mengikut keupayaan masing-masing, supaya orang kaya dan orang fakir sama-sama mendapat pahala amal jariyah. Jika ada pula bantuan kerajaan, bantuan itu tidak menutup peluang umat Islam untuk membuat amal jariyah yang bakal menjadi bekalan di akhirat nanti.

Katanya, ini adalah konsep gotong royong yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. ketika membina masjid yang pertama iaitu Masjid Nabawi di Madinah. Kerajaan Terengganu yang beliau pimpin, katanya, menggalakkan orang ramai berpeluang membuat bekal ke akhirat nanti dengan membanyakkan kerja gotong royong baik dalam pembinaan masjid mahupun pembangunan lain seperti membina jalan.

Gotong royong

Beliau tidak gembira dengan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan atau oleh orang kaya saja yang menutup peluang orang ramai - fakir dan miskin - untuk sama-sama mencari pahala dan bekal ke akhirat. Beliau mengingatkan masyarakat tentang pembinaan masjid dhirar yang Allah murka kerana ia dibuat untuk menghalang kemajuan Islam dan dibuat untuk mendapat pujian dari orang ramai.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com