UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Imam diundang ceramah di gereja AS

NEW YORK: Walau pun terdapat sikap sumbang terhadap Islam di kalangan sebahagian rakyat Amerika, tetapi umumnya majoriti rakyat mulai memberi pandangan yang melunakkan Islam. Jika sebelum peristiwa serangan 11 September di Pentagon dan Pusat Dagangan Dunia New York kira-kira 45 peratus sahaja penduduk yang berfikiran lunak terhadap Islam, tetapi selepas kejadian itu ia melonjak sebanyak 14 peratus menjadikan mereka yang berpandangan menggalakkan terhadap Islam sebanyak 59 peratus.

Demikian kajian yang dibuat oleh Newsweek, sebuah majalah Amerika yang terkemuka dalam keluaran minggu pertama tahun ini. Sejurus selepas peristiwa itu di kalangan paderi Kristian aliran Evangalis begitu mencemuh Islam dan memperleceh agama 1.3 bilion penduduk dunia itu, tetapi perubahan pandangan di kalangan rakyat Amerika selepas itu menyebabkan mereka ada yang menarik balik pandangannya dan sekurang-kurangnya mengendurkan kecaman buruk mereka.

Antaranya ialah Frangklin Graham, anak dan waris Bil Graham, pemuka Evengalis Amerika yang terkenal itu. Sikapnya sudah kendur. Sebenarnya kebanyakan rakyat Amerika, sama seperti penganut Evengalis, mempunyai pengetahuan yang sangat cetek mengenai Islam atau jahil langsung tentang Islam. Tetapi keadaan itu akan berubah di tahun-tahun yang akan datang, kata laporan itu.

Kajian yang dibuat ke atas 900 universiti dan jabatan-jabatan pengajian keagamaan yang dijalankan oleh Lilly Endowment menunjukkan satu pertiga daripadanya tidak memperkenalkan kajian tentang Islam. Tetapi sekarang universiti-universiti berlumba-lumba untuk mendapatkan pakar mengenai Islam untuk semesta yang akan datang. Semua kursus mengenai Islam telah penuh dan masih ramai lagi yang memohon.

Sementara itu, belum pernah para imam mendapat undangan yang begitu banyak untuk menjadi penceramah undangan di gereja-gereja dan rumah ibadat orang-orang Yahudi tetapi mereka sangat dikehendaki sekarang. Malah Kongres juga ikut dalam perkembangan ini. Dua orang ahli Kongres Amerika telah mencadangkan supaya dibentuk satu lembaga Islam Amerika bagi menasihatkan badan perundangan itu dalam soal keselamatan.

Lebih jauh perkembangan dalam masyarakat Amerika sekarang mahu toleransi agama di kalangan Kristian, Yahudi dan Islam ditingkatkan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com