UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




DO akui peneroka Felda Neram 1 dapat geran sebenar

KEMAMAN: Kerajaan Negeri menyerahkan geran sebenar kepada peneroka Felda Neram 1 Mukim Jabor untuk mengotakan janjinya bagi menyediakan tapak rumah kediaman kepada rakyat sebagaimana yang dinyatakan dalam manifesto pilihanraya umum parti kerajaan baru-baru ini.

Serentak itu, Pegawai Daerah Kemaman, Haji Mohd. Muhktar Ismail menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan apa yang diberi kepada peneroka Felda itu sebagai geran palsu. Katanya, Pejabat Pentadbir Tanah telah menjemput peneroka bagi menerima geran itu dari Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk Haji Wan Abdul Muttalib Embong, Haji Abu Bakar Chik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Haji Awang Jusoh di Majlis Menerima Suratan Hak Milik Tanah di Felda tersebut baru-baru ini.

Bagaimanapun 258 peneroka yang menerima hasutan pemimpin pembangkang Terengganu tidak menghadiri majlis berkenaan untuk menerima geran itu. Mereka membuat kecoh di hadapan pejabat pentadbir tanah Kemaman baru-baru ini untuk menimbulkan suasana tidak baik atas isu pemberian geran itu. Mereka menimbulkan soal geran itu tidak dilengkapkan dengan pelan.

Haji Mohd. Mukhtar berkata, pihak pentadbir tanah akan menyiapkan pelan itu dan akan memanggil peneroka yang telah menerima geran untuk mengambilnya di pejabat berkenaan tidak lama lagi. Katanya, soal membelakangkan pengurusan felda tidak timbul kerana kerajaan menjemputnya untuk menghadiri dan memberi ucapan dalam majlis tersebut tetapi wakilnya tidak hadir.

Mereka terbabit tidak boleh mempertikaikan apa yang dilaksanakan itu kerana ia adalah hak kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Bagaimanapun kerajaan akan mengadakan satu majlis lain untuk peneroka terbabit bagi membolehkan mereka mendapat geran sebagaimana peneroka lain. "Tarikh dan bila masanya belum ditetapkan lagi," jelasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com