UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pelanggan telefon bimbit melebihi telefon tetap di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Terengganu mempunyai pelanggan telefon mudah alih terbanyak mengatasi pelanggan telefon tetap kata Pengurus Besar Bahagian Perancangan dan Pembangunan Rangkaian TM Celullar Sdn. Bhd., Haji Itham Othman. Katanya, Operasi syarikat itu berjalan lancar dan berkembang positif tanpa gangguan dari Kerajaan Negeri. Justeru, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang membuka ruang dan kerjasama baik dengan syarikat itu dalam menjayakan program ini.

"Sehingga kini TM Celullar sebagai anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia berhad, yang mengendalikan sistem telekomunikasi tanpa wayar dapat beroperasi tanpa apa-apa gangguan dari kerajaan negeri," katanya ketika bercakap di Majlis Penyerahan Surat Persetujuan TM Celullar Sdn. Bhd. untuk Program Penyewaan Menara Telekomunikasi dengan Kerajaan Negeri di Dewan Syarahan, Tingkat Dua, Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, kemudahan Awam dan Komunikasi Encik Yahaya Ali, Timbalannya Dr. Haji Mamad Puteh, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Dato’ Haji Tengku Hasan Omar, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Haji Mazlan Ngah, Pegawai-pegawai Daerah, Ketua-ketua Jabatan, Pengurus Anak-Anak syarikat milik kerajaan negeri, pegawai dan kakitangan TM Celullar Sdn. Bhd. hadir dalam majlis tersebut.

Haji Itham berkata, syarikat itu pernah membuat program penyewaan dengan Kerajaan Negeri Selangor yang dinamakan sebagai Sistem Jaringan Selangor (KJS) bermula tahun 1998. Katanya, program penyewaan menara melambangkan kerjasama erat dan hubungan baik antara semua kerajaan negeri dengan Telekom Malaysia khasnya, TM Celullar Sdn Bhd. "Terdapat tujuh negeri yang memberikan tempat di mana sebanyak 75 buah menara ditawarkan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk dibangunkan, dan 46 daripadanya telah siap didirikan," jelas beliau.

Katanya, TM Celullar sedang meningkatkan khidmatnya ke 80 peratus penempatan seluruh negara. Meningkatkan jumlah pelanggan dari 35,000 kepada 70,000 orang. "TM Celullar juga sedang memperluaskan kawasan liputan dan meningkatkan keupayaan perkhidmatannya," jelas beliau lagi. Sementara itu, Encik Yahaya mengucapkan tahniah kepada TM Celullar Sdn Bhd yang telah mendahului syarikat-syarikat lain dalam menerokai teknologi komunikasi tanpa wayer di negeri Terengganu.

Katanya, perkembangan teknologi maklumat tanpa sempadan semakin pesat membangun, menjadikan dunia ini semakin kecil dan berada dihujung jari. "Sudah tentu ianya akan memberikan kemudahan kepada orang ramai. Telah lama orang ramai dibanyak tempat di negeri ini menghadapi masalah dalam perhubungan telekomunikasi," jelasnya. Oleh itu dengan pembinaan menara-menara telekomunikasi, ia menyelesaikan masalah tersebut.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com