UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




KIST: berkongsian pintar Yayasan Terengganu dan JHEAT

KUALA TERENGGANU: Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) bertempat di Kuala Berang Hulu Terengganu ditubuhkan hasil perkongsian pintar antara Yayasan Terengganu (YT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sejak 28 Januari tahun lalu. Pengarah YT, Haji Yusoff Tahir berkata, antara objektifnya ialah menyediakan kemudahan dan iklim pembelajaran yang kondusif bagi pelajar-pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Penubuhannya juga bertujuan untuk membantu meningkatkan imej dan martabat Kolej Sains Agama Kerajaan, memanfaatkan sepenuhnya kemudahan fizikal yang ada di KIST untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak Negeri Terengganu. Melahirkan lebih ramai pelajar semerlang PMR dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini yang beraliran Sains dan Agama dan menyediakan kemudahan asrama kepada semua pelajar berkonsepkan asrama penuh.

Sehubungan itu katanya, KIST menyediakan dan melengkapkan kemudahan asrama dan blok akademik yang boleh menampung 500 orang pelajar di dalam satu-satu masa.

Kemudahan

Kemudahan-kemudahan disediakan termasuk 15 buah kelas, dua bilik guru, pejabat pentadbiran, dua makmal Sains, satu makmal kejuruteraan logam, satu makmal kejuruteraan kayu, bengkel jahitan, makmal masakan, bilik komputer, bilik kaunseling, dewan terbuka, kafetaria, bilik mesyuarat dan bilik sumber. Kemudahan asrama terdiri dari blok asrama lelaki dan perempuan, surau, perpustakaan, dewan makan, padang permainan, pejabat domestik, perkhidmatan dobi dan kedai koperasi.

Jumlah pelajar kini melebihi 237 orang dan dari segi pembangunan masa depan KIST telah membangunkan tanah seluas 12.14 hektar di sebelah KIST dengan bangunan akademik tambahan, dewan pelbagai guna, bilik guru, asrama dan masjid. Sesungguhnya penubuhan KIST merupakan satu lagi usaha YT dalam membantu dan mempelbagaikan kemudahan pembelajaran yang berkualiti kepada pelajar Terengganu yang berpotensi, sesuai dengan moto KIST, Usaha, Ilmu dan Taqwa, katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com