UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




100 orang tua, ibu tunggal diraikan

MARANG: Seramai 100 orang fakir miskin dan ibu tunggal diraikan bersama oleh Ahli Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Pak Madah, sempena sambutan Idul Fitri di sini, baru-baru ini. Pengerusi Masjid, Haji Muhamad Boto’ berkata, program tersebut sebagai penghargaan serta tanda ingatan pemimpin masyarakat setempat terhadap golongan tua terutama golongan wanita yang menjadi penyumbang kepada keharmonian masyarakat di kampung tersebut."Golongan tua, kaum wanita memainkan peranan penting ke arah keharmonian masyarakat setempat," katanya kepada Warta. Menurutnya, golongan tua harus dihormati serta golongan muda perlu disayangi bagi melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang. Hadiah sumbangan berupa hamper makanan dan kain batik, diagihkan kepada penerima terbabit. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi JSR, Haji Ali Haji Daud dan Pengerusi Masjid Pak Madah, Haji Muhamad Boto’.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com