UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pengadil Terengganu ke Piala Dunia FIFA 2002

BESUT: Seorang pengadil dari Terengganu Mat Lazim Awang Hamat, 42, dari daerah ini, telah dipilih sebagai pengadil untuk Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2002 di Korea/Jepun, Jun ini. Mat Lazim, yang dipilih untuk ke pusingan akhir Piala Dunia Korea/Jepun begitu terharu dengan penghormatan itu dan mengaitkannya dengan kematian anaknya yang keempat tahun lepas. "Siti Norjanah meninggal dunia semasa lahir, mungkin pemilihan saya ini adalah rezeki anugerah Allah," katanya di sini baru-baru ini.

Mat Lazim yang juga kakitangan Pejabat Hutan Daerah Wilayah Terengganu Utara, mempunyai tiga lagi anak, dua lelaki dan seorang perempuan, berumur 11, 10 dan 6 tahun. "Saya rasa sangat terharu sebab tidak pernah bermimpi untuk ke sana, tiba-tiba saja terpilih," katanya. Mat Lazim berkata, beliau menerima berita mengenai pemilihannya itu sebagai penolong pengadil untuk kejohanan bola sepak paling berprestij itu melalui telefon daripada ketua bahagian pengadilan Persatuan Bolasepak Malaysia, George Joseph baru-baru ini.

Ini kali kedua seorang pengadil Malaysia dipilih oleh FIFA sebagai pengadil kejohanan Piala Dunia selepas Lt Halim Abdul Hamid pada tahun 1998 di Perancis. Sementara itu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan pemilihan Mat Lazim sebagai ‘satu penghormatan besar, bukan sahaja kepada FAM tetapi juga negara.’

"Ia satu pengiktirafan kepada segala usaha kita dalam membangunkan pengadil dan para pegawai dalam sukan bola sepak," kata Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam satu kenyataan media baru-baru ini. Mat Lazim adalah seorang pengadil berpengalaman dan telah mengadili beberapa perlawanan penting dalam Liga-M disamping sebagai penolong pengadil pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara Brazil dan Korea Selatan, dua tahun lepas.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com