UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sijil Geran diserahkan kepada pemain bolasepak

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Dato’ Haji Mustafa Ali menyerahkan Sijil Geran Tanah kepada pemain dan jurulatih bolasepak Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini 19 Januari lalu.

Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu di atas kejayaan muncul sebagai Juara Piala Malaysia 2001 mengalahkan Perak 2-1 d Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur tahun lalu. Sebagai kenangan di atas jasa dan sumbangan, Kerajaan Negeri telah bersetuju menganugerahkan 1 lot tanah kepada setiap pemain dan jurulatih yang jenis penggunaannya ialah untuk bangunan tapak rumah yang disusun atur. Penempatan Semula di Kampung Kubang Parit, Mukim Kubang Parit di sini.

Kenyataan itu juga terkandung dalam Sijil Geran yang diserahkan kepada pemain bola sepak Terengganu selepas Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium tersebut di hari yang sama. Bagaimanapun Pasukan Penyu tidak dapat mempertahankan piala itu selepas berjaya menjuarai pertandingan itu tahun lepas apabila kecundang 2-1 di tangan Selangor.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan, Encik Wan Hassan Mohd. Ramli. Kerajaan akan menyerahkan lot-lot tanah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk diagih-agihkan kepada mereka terbabit tidak lama lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com