UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




400 pelajar DUN Sura terima sumbangan persekolahan

DUNGUN: Seramai 400 orang pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura diberikan sumbangan pakaian dan peralatan sekolah sempena sesi persekolahan 2002 bertempat di Dewan Majlis Daerah Dungun, baru-baru ini. Majlis yang diadakan serentak dengan jamuan Hari Raya Aidilfiri itu dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Encik Wan Hassan Mohd Ramli.

Ketika ditemubual, beliau mengingatkan para pelajar dan ibu bapa agar sentiasa menitikberatkan usaha untuk mencapai kecemerlangan akademik agar kecemerlangan dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi melahirkan generasi pelapis yang mantap sejajar dengan ajaran Islam.

Katanya, jalinan kerjasama antara semua pihak amat penting untuk mewujudkan kecemerlangan, baik dalam bidang pendidikan ataupun bidang-bidang lain. "Ibu bapa perlu memainkan peranannya dalam bidang ilmu. Jalinan unsur-unsur fizikal, rohani dan jasmani yang sihat pastinya menjadi penggerak untuk perkembangan anak-anak dalam bidang pendidikan," ujarnya.

Sementara itu, Penyelaras DUN Sura, Rosdi Muda memberitahu WARTA, sumbangan peralatan sekolah kepada setiap pelajar berbentuk sepasang pakaian, sebuah beg sekolah, lima buah buku tulis dan wang RM15.00 setiap seorang. Dalam pada itu Ahmad Mustakim Mohamed, pelajar tahun enam, Sekolah Kebangsaan Sultan Omar ketika ditemui di majlis itu melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat sumbangan sempena musim persekolahan kali ini.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan bantuan ini dan saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai segala cita-cita saya," ujarnya penuh kegembiraan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com