UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penyu ke arah skuad terbaik Malaysia

Oleh SUHAIMI TAIB

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri dan rakyat mengharapkan skuad penyu terus berprestij untuk mara menjuarai pelbagai perlawanan bola sepak termasuk mengekalkan kejuaraan dalam Pertandingan Piala Malaysia dan Sumbangsih. Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) nampaknya bekerja keras agar prestasi pemain, skill berpasukan dan kualiti permainan kekal di tahap memuaskan untuk menjadikan penyu sebagai skuad terbaik musim ini.

Tindakan akan diambil ke atas pemain sekiranya berusaha menjadi hero di padang sehingga menjejaskan semangat berpasukan yang akan membawa padah buruk sehingga kemungkinan Terengganu kecundang dalam perlawanan bola sepak di masa akan datang. (PBSNT) dikatakan akan bertindak tegas termasuk membatalkan kontrak pemain tidak berdisiplin terutama mereka yang menerima banyak kad kuning dan membuli pemain baru dalam pasukan.

Ini kerana aspek itu amat ditekankan dalam perjanjian yang ditandatangani pemain dengan pihak pengurusan pasukan. Presiden persatuan itu Dato’ Che Mat Jusoh selepas majlis menandatangani kontrak 20 pemain dilaporkan sebagai berkata, tiada gunanya menyimpan pemain yang merosakkan pasukan. Katanya, di musim lalu kebanyakan pemain mempamerkan disiplin yang tinggi sehingga mereka boleh mengelak daripada menerima banyak kad kuning dan boleh bermain dalam kebanyakan perlawanan.

Adalah diharapkan musim ini prestasi baik itu diteruskan pemain-pemain yang sudah menandatangani kontrak sama ada setahun atau dua tahun dengan PBSNT. Ini kerana apabila disiplin tidak dijaga di padang, sudah tentu kualiti kestabilan pasukan akan terjejas dan akibat buruknya ialah pemain dibuang padang kerana menerima kad merah apa lagi jika pemain berkenaan menjadi tonggak pasukan sama ada perancang atau pengegar gawang lawan.

Selain itu setiap pemain perlu dilatih bagaimana cara permainan yang boleh mengelakkan berlakunya kecedaraan. Apabila pasukan dihantui kecederaan pemain pentingnya sudah pasti kekuatan pasukan akan pincang dan pasukan penyu sudah pasti dirundung malang dalam perlawanan.

Bermain secara berpasukan dan sentiasa peka dengan taktik, strategi dan cepat membaca kelemahan pasukan lawan di samping bijak merubah strategi di saat sukarnya mendapat gol merupakan suatu tindakan profesional untuk menghasilkan pasukan unggul dan dihormati di Malaysia secara berkekalan.

Pemain Skuad Penyu yang menandatangani kontrak itu dianggap antara pemain terbaik Malaysia termasuk pemain lama, terdiri dari Pemain Terbaik Piala Malaysia musim lalu, Hairuddin Omar, Wan Rohaimi Ismail, Sapian Wahid, Rosdi Talib, Zulharisan Awang, Faziallah Mamat, Abdul Ghani Malek dan Zuber Ibrahim.

Manakala pemain baru pula terdiri dari Roslee Md. Derus, S Paidaya Rau, Mohd al-Rifaie Ali dan Azali Mat Jusoh. Jika perlu Pasukan Terengganu boleh juga mendapatkan pemain import yang boleh mempamerkan dan mengajak pasukan bermain dengan skill antarabangsa dalam perlawanan rentak Malaysia di negara ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com