UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




MB berucap di Muktamar Jamaati Islami Bangladesh

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat kunjungan tiga hari ke Bangladesh dari 10 hingga 12 Januaari lalu sebagai tetamu muktamar Jamaati Islami Bangladesh. Dalam muktamar yang dihadiri oleh kira-kira 20,000 penyokong gerakan Islam itu Menteri Besar telah diberi peluang berucap dua kali. Beliau telah diundang oleh masyarakat Islam Bangladesh menghadiri muktamarnya sejak hampir 10 tahun lalu, tetapi inilah kali pertama undangan itu dapat dipenuhi.

Hampir 10 tahun Tuan Guru telah digantikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksananan Syariah, Haji Harun Taib ke muktamar itu. Dua tahun lalu, Amir Jamaati Islami, Syeikh Mutiur Rahman Nizami, telah menjadi tetamu kepada Tuan Guru dalam satu muktamar di Kuala Terengganu. Dalam pilihan raya umum Bangladesh baru-baru ini Jamaati Islami telah mengadakan persefahaman dengan parti pimpinan Puan Khalida Zia. Walaupun Jamaati Islami tidak ada dalam kerajaan Khalida Zia tetapi ia menjalin hubungan yang rapat dengan kerajaan.

Dalam perjumpaan di ibu kota Bangladesh, Dhaka, Menteri Besar telah sempat berbincang mengenai perkara kepentingan bersama dan bertukar-tukar maklumat serta pandangan mengenai perkembangan semasa dengan pemimpin-pemimpin Islam Bangladesh dan tetamu luar negeri seperti Syeikh Abdul Rashid al Ghannusi dari Tunisia yang kini menetap di London, Kamil Karamallah Uglo dari Turki dan dan wakil pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir. Menteri Besar juga telah bertemu dengan peniaga-peniaga tempatan dan telah mengunjungi Bank Islam Bangladesh. Turut serta dalam lawatan itu ialah Setiausaha Politik beliau Haji Husain Ismail.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com