UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tahniah Kemaman dimasyhurkan MPK

TAHNIAH kepada penduduk dan para pentadbir Kemaman kerana pada 2 Februari lalu Bandar itu dinaikkan taraf sebagai Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) setelah perkembangan dan kemajuan memenuhi syarat dan kelayakan sebagai sebuah perbandaran. Kemaman adalah bandar kedua selepas Kuala Terenggaru diisytiharkan bertaraf perbandaran di negeri Terengganu dan yang menariknya ialah ia mencapai taraf itu semasa negeri Terengganu genap dua tahun di bawah atmosfera pentadbiran baru yang meuaruarkan negeri itu secara menyeluruh membangun menurut Islam.

Ini bererti Kemaman adalah perbandaran pertama memulakan pentadbirannya di bawah wawasan membangun menurut Islam yang menjadi hala tuju kerajaan baru Barisan Alternatif (BA) pimpinan PAS yang mengambil alih kekuasaan dua tahun lalu.

Yang menarik perhatian, daerah pentadbiran MPK adalah meliputi seluruh kawasan daerah Kemaman. Walaupun wujud di kawasan yang dua pentadbiran iaitu pejabat Daerah dengan Pegawai Daerah sebagai pentadbirnya dan Majlis Perbandaran dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran sebagai penerajunya, dipercayai dengan bidang tugas masing-masing boleh melonjakkan kemajuan pembangunan dan kebajikan daerah itu.

Kira-kira kejayaan perbandaran Kemaman nanti dapat membawa pembangunan dan barakah dari natijah membangun menurut Islam. Ia adalah hadiah besar kepada rakyat di bawah kerajaan baru menuju kemakmuran dan kesejahteraan. Kemaman diamanahkan dengan taraf baru itu bukan kerana ia mencapai jumlah penduduk yang menjadi kelayakan sebuah perbandaran, malah dengan kepesatan kemajuan dan pentadbiran kewangannya yang baik beberapa ketika sebelum ia mencapai taraf perbandaran adalah antara perkembangan yang meyakinkan Kemaman sudah mencapai taraf perbandaran sebelum ia diisytiharkan sebuah perbandaran.

Keupayaannya ia berdikari dari sudut kewangan meringankan sedikit negeri Terengganu membangunkan daerah-daerah lain supaya kesamarataan dapat diwujudkan di seluruh negeri. Kepesatan kemajuan sebagai kawasan industri dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, atas permintaan kerajaan negeri, berkongsi kemakmuran dengan tiga majlis daerah yang agak ketinggalan iaitu Marang, Setiu dan Besut. Tahun 2001 Kemaman bersetuju menyumbangkan wang sejumlah RM5.5 juta kepada tiga kawasan itu.

Bantuan untuk tahun itu sudah tentu meringankan pentadbiran tiga majlis daerah itu sekaligus merapat jurang beban kewangan dan taraf kehidupan sama sendiri. Dalam erti kata lain, jika tanggungjawab itu dapat diteruskan, ia adalah pendekatan positif untuk melihat tidak ada daerah terlalu maju dan tidak ada daerah terlalu ketinggalan. Kalau Selangor dan Perak yang mempunyai kekuatan ekonomi dan kewangan dapat mengambil sebahagian tanggungjawab negeri miskin seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu, nescaya dalam jangka panjangnya kemajuan antara negeri dan negeri dapat diseimbangkan.

Syabas kepada Kemaman, yang bersedia bergotong royong, menyumbangkan bakti berkongsi kemakmuran dengan kawasan yang kurang bernasib baik, moga-moga pahala dan keberkatan bukan sekadar menyerlahkan lagi kawasan itu tetapi membantu meningkat keupayaan jiran senegeri.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com