UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Rakyat Nasihat Kerajaan – MB Terengganu

SETIU: Kerajaan Negeri mahu melihat rakyat tidak segan untuk menasihat kerajaan kerana Islam adalah agama nasihat dan ia menjadi satu ciri dari sifat pentadbiran kerajaan Islam Terengganu. Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata demikian kepada rakyat di sini dalam Majlis Dialog Perdana baru-baru ini. Dalam muqaddimahnya di majlis itu beliau menyebut bahawa dialog itu diadakan demi mendapatkan nasihat dari orang ramai tentang pentadbiran dan kelemahan-kelemahan disamping itu pimpinan kerajaan juga dapat memberikan nasihat kepada orang ramai. Katanya, Nabi Muhammad S.A.W. yang maksum itu sendiri diajar oleh Allah untuk menerima nasihat dan mendengar nasihat.Bertolak dari situlah, maka kerajaan Terengganu yang beliau pimpin sekarang mahu menjadi nasihat satu aspek dalam menjayakan kerajaan yang bertemakan ‘Membangun menurut Islam.’

Menteri Besar juga menarik perhatian umum tentang sifat rendah diri Saidina Abu Bakar Siddiq yang ketika menerima amanat menjadi khalifah pertama, meminta seluruh rakyat menyokongnya sekiranya yang dilakukannya benar, tetapi perbetulkan jika tindakannya tidak betul. Dengan semangat itu beliau menyeru orang ramai untuk memberi pandangan, teguran dan cadangan tanpa ragu dan takut.

Dato’ Seri Menteri Besar juga cuba meyakinkan orang ramai bahawa Kerajaan Negeri telah menunaikan banyak janji pilihan raya parti sejak dua tahun lalu, tetapi segala serangan sekarang bukanlah kerana kerajaan tidak berbuat apa-apa tetapi setiap sifat pentadbiran Islam terpaksa menghadapi ujian. Al-Quran menyarankan bahawa usaha menegakkan agama Allah pasti menghadapi ujian. Inilah yang dihadapi oleh para nabi dan ulama’ sebelum ini.

Ini bererti Kerajaan Terengganu juga tidak terlepas dari ujian. Dengan ujian-ujian itu dipercayai sebagai isyarat kerajaan Terengganu sedang melaksana sesuatu yang benar menurut Islam. Menjawab saranan seorang penyoal supaya barisan Exco dirombak, Menteri Besar berkata bahawa exco kerajaan negeri bekerja secara berpasukan atau kolektif. Mereka saling tegur menegur dan berbincang baik yang terdiri dari pimpinan parti yang dipilih mahupun exco yang secara otomatik kerana jawatannya sebagai pegawai kerajaan.

Beliau juga menyebut tentang hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat bawahan melalui perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dengan mengekalkan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diketahui adalah ahli UMNO dan yang lainnya adalah ahli-ahli PAS.

Beliau dukacita sikap Kerajaan Pusat menghidupkan semula JKKK dan memberi imbuhan yang lebih, maka setengah daripada ahli JKKK itu keluar dari JSR dan sebahagiannya kekal dengan JSR. Proses perlantikan JSR dibuat berdasarkan orang-orang yang dicadangkan oleh ahli-ahli dewan undangan negeri selepas mendengar pandangan cawangan parti. Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri akan memproses perlantikan itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com