UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Perbicaraan kes royalti di mahkamah 18-19 Februari

SETIU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali berkata, perbicaraan kes tuntutan hak royalti Terengganu akan dibicara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Februari depan. Katanya, Kerajaan Negeri akan diwakili peguam-peguam yang telah dilantik di bawah pengawasan dua orang exco iaitu Tun Dato’ Haji Mohd. Salleh Abas dan Haji Wan Abdul Muttalib Embong.

"Saya yakin dan percaya kes perbicaraan tuntutan royalti ini tidak akan ditangguh lagi," katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Dialog Perdana Rakyat, di Pekan Budaya Rhu Sepuluh, Penarik, Setiu. Selain itu katanya, Kerajaan Negeri juga mempunyai bidang kuasa untuk menaikkan premium tanah yang diduduki oleh pihak PETRONAS. "Kita boleh menaikkan cukai tanah yang diduduki oleh pihak PETRONAS di Kertih kerana di bawah bidang kuasa kerajaan negeri," ujarnya. Namun begitu, katanya kenaikkan cukai tersebut hanya boleh dilakukan dalam semakan 10 tahun sekali.

Menurutnya, semakan terakhir antara Kerajaan Negeri dengan PETRONAS telah dibuat pada tahun 1994. Tambahnya lagi, rakyat perlu mengekalkan kerajaan PAS di Terengganu bagi membolehkan cukai tanah dinaikkan terhadap PETRONAS pada tahun 2004 akan datang.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com