UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Terengganu tidak laksana ‘Akujanji’

SETIU: Kerajaan negeri Terengganu tidak akan melaksanakan akujanji kepada kaki tangannya kerana peraturan am yang dipakai selama ini adalah memadai. Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia Dato’ Mustafa Ali dalam Dialog Perdana dengan kakitangan kerajaan di sini baru-baru ini.

Baginya akujanji yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat itu adalah satu kerja politik dan Terengganu tidak berhajat untuk membuat yang sama. Terengganu tidak memerlukannya kerana baginya ‘pegawai kita bejurus.’ (ikhlas, jujur dan amanah) Kerajaan juga ditanya tentang kedudukan wanita dalam pekerjaan dan wanita jelita tidak dibenarkan bekerja seperti yang diuaruarkan oleh televisyen dan media kerajaan pusat.

Dato’ Haji Mustafa telah menggamatkan majlis yang penuh dengan pegawai kerajaan Daerah Setiu itu apabila beliau mempelawa pihak yang menimbulkan perkara itu datang ke pejabat-pejabat kerajaan Terengganu melihat kakitangan berkenaan. "Pekerja wanita kerajaan Terengganu jauh lebih comel dari menteri-menteri kerajaan pusat," katanya disambut dengan gelak ketawa.

Tidak ada wanita dibuang kerja atas sebab mereka wanita sejak kerajaan Terengganu dan Kelantan di bawah kekuasaan PAS. Menteri Besar pula menambah betapa wanita diberi penghormatan untuk mengetuai bahagian Audit Luar, satu jawatan yang baru diwujudkan oleh Kerajaan Terengganu. Sebelum ini wanita yang sama diberi kepercayaan untuk mengepalai bahagian IT.

Katanya, ada kerja-kerja yang mesti dipikul oleh wanita sesuai dengan watak dan sifat mereka baik dalam kerajaan mahupun di rumah dan di luar pejabat. "Orang lelaki tidak boleh menjaga anak. Kalau lelaki menjaga anak, tidak sempat seminggu habis kepala anak benjol," katanya. Bagaimanapun sebarang peranan yang diberikan kepada wanita mestilah tidak menjejaskan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Dalam keadaan kedudukannya sebagai isteri dan ibu terjejas, maka pilihan yang baik ialah menjaga rumahtangga, tambahnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com