UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sultan Mizan solat Jumaat di Masjid Kampung Batin

KUALA TERENGGANU: Seluruh rakyat di Kampung Batin, Seberang Takir di sini berduyun-duyun turun menyambut Sultan Mizan Zainal Abidin yang ke masjid kampung itu untuk bersama-sama solat Jumaat baru-baru ini. Kanak-kanak, orang dewasa dan kaum muslimat datang beramai-ramai dengan pakaian cantik, tidak melepaskan peluang melihat wajah baginda. Sebelum berangkat pulang, mereka berebut-rebut bersalam dengan baginda hingga ke pintu kereta. Sebelum motokar bergerak meninggalkan kawasan masjid, baginda membuka cermin dan melambai-lambai tangan kepada kanak-kanak yang menyerbu hingga ke tepi motokar.

Masjid kampung itu adalah antara masjid yang dibina oleh rakyat sejak dari awal. Mereka bergotong-royong membinanya tanpa bantuan kerajaan. Ia adalah tanda hasrat berdikari rakyat. Berdikari dan bergotong-royong mendiri dan mentadbirkan masjid serta surau dikira pekerti mulia dan digalakkan.

Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Surau Madrasah Al-Ukhuwah, Batu Tumbuh, Besut bulan lalu memberi penghormatan tinggi kepada masyarakat yang membangunkan masjid dan surau secara gotong royong. Ia satu cara memberi peluang kepada orang ramai membuat pahala melalui amal jariah. "Jika pun ada bantuan Kerajaan kepada masjid dan surau, ia jangan sampai menutup peluang kepada rakyat membuat bekalan ke akhirat," katanya.

Masjid Kampung Batin yang berusia lebih 50 tahun lalu didirikan di sebelah rumah seorang tok guru terkenal, Sidi Abdul Latif yang mengadakan kuliah mingguan di rumahnya. Ini mendorongkan orang ramai membesarkan masjid itu. Ia bermula dengan sebuah masjid kecil, tetapi kini menjadi masjid dua tingkat dapat menampung sekitar 1,000 jamaah. Kesudian Sultan Mizan solat fardhu Jumaat di masjid itu dikira satu penghormatan kepada penduduk setempat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com