UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Jenayah Syariah merangkumi hudud akan dibentangkan

SETIU: Satu undang-undang jenayah syariah yang di dalamnya termasuk hudud, insya-Allah akan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Haji Harun Taib memberitahu demikian kepada kakitangan kerajaan Daerah Setiu dalam Dialog Perdana, Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan kakitangan kerajaan di sini baru-baru ini. Rombongan kerajaan itu ditanya tentang pelaksanaan tarbiyah, hukum hudud di Terengganu dan ke mana digunakan denda khalwat.

Haji Harun menjelaskan bahawa kerajaan telah menubuh Akademi Pembinaan Insan (API) dan Unit Pembangunan Insan (UPI) yang mengadakan kursus kefahaman Islam kepada pegawai dan rakyat. Selain itu, tazkirah mingguan di Wisma Darul Iman oleh Menteri Besar dan lain-lain tokoh yang berkelayakan, serta tazkirah di daerah-daerah oleh exco yang berkelayakan di daerah itu atau sesiapa yang ditentukan juga dilaksanakan.

Inilah antara langkah untuk mengukuhkan kefahaman Islam di kalangan rakyat. Beliau berkata, undang-undang hudud belum diluluskan tetapi persiapan sedang dibuat untuk mengadakan undang-undang yang tidak dinamakan undang-undang hudud, tetapi hudud terkandung didalamnya yang akan dikenali dengan enakmen jenayah syariah.

Sebelumnya beliau telah menerangkan tentang undang-undang hudud, qisas dan takzir. Setakat ini kerajaan Terengganu baru meluluskan enakmen tentang jenayah takzir. Hudud adalah undang-undang yang hukumnya sudah ditetapkan dan tidak boleh dipinda oleh sesiapa. Mahkamah akan menentukan sabit atau tidaknya.

Manakala qisas pula ialah undang-undang yang hukumnya serupa dengan kesalahannya seperti bunuh balas bunuh, kecederaan mata dibalas dengan kecederaan mata. Hukumnya juga tidak boleh dipinda tetapi kuasa diberi kepada mangsa atau waris terdekat untuk pelaksanaannya sama ada dimaafkan atau hukuman dijalankan.

Takzir pula adalah kesalahan yang hukumnya tidak disebutkan. Mahkamah berkuasa untuk menentukan hukumnya. Manakala khalwat yang tidak termasuk dalam hudud dan qisas dihukum di bawah jenayah takzir. Adapun dendanya dikira sebagai pendapatan kerajaan dan dimasukkan ke dalam khazanah kerajaan.

Kerajaan juga ditanya tentang dua imam sudah tidak berlaku dalam pentadbiran sekarang tetapi bagaimana pula dengan dua majlis berbuka puasa dalam satu masjid yang berlaku dalam pentadbiran sekarang. Haji Harun menjelaskan bahawa setiap aktiviti di masjid mesti mendapat kebenaran jawatankuasa masjid.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com