UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pekerja wanita di Terengganu-Kelantan lebih cantik dari pemimpin wanita Umno

"BENARKAH Kerajaan PAS tidak membenarkan wanita cantik bekerja," demikian bunyi pertanyaan seorang yang hadir dalam pertemuan Dialog Perdana, Menteri Besar Terengganu dan saf pimpinan kerajaan negeri di Setiu, Terengganu baru-baru ini. Dalam pertemuan dengan rakyat di semua daerah bermula di daerah Setiu itu, Dato’ Haji Mustafa Ali sebagai exco kanan menjawab, "Datanglah melihat sendiri, ramai wanita-wanita cantik yang bekerja di pejabat-pejabat kerajaan di Terengganu."

Sambil berseloroh beliau berkata, "Wanita-wanita ini lebih cantik dari para pemimpin wanita Umno yang ada." Jawapan Dato’ Haji Mustafa itu telah menimbulkan gelak ketawa hadirin dalam majlis itu. Dari pertanyaan ini dapatlah diambil kesimpulan betapa kesan fitnah, propaganda media arus perdana kerajaan, baik TV, Radio dan akhbar-akhbar di seluruh tanahair. Jawapan itu memberikan fakta kebenaran secara sinis tentang kedudukan wanita bekerja di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Alternatif pimpinan PAS di Kelantan dan Terengganu.

Bayangan soalan ini juga mempamerkan betapa banyak lagi persoalan-persoalan yang dijadikan isu untuk memperlihatkan PAS sebagai jumud, mental block dan lain-lain istilah yang digunapakai oleh mereka yang bimbang dan takut kepada kebangkitan Islam. Rakyat memahami keadaan sebenar. Apa yang disebut oleh Dato’ Haji Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mengenai wanita cantik, tidak sekali-kali melarang wanita cantik bekerja.

Beliau sebagai seorang ulama’ memandang berat persoalan yang wujud yang menurutnya adalah lebih baik wanita-wanita yang kurang cantik bekerja kerana wanita-wanita yang cantik mudah mendapat jodoh dan mendapat suami yang membolehkan mereka hidup berkeluarga tanpa bekerja di pejabat-pejabat kerana ada suami yang boleh menanggung mereka. Dengan demikian, kerja atau jawatan yang ada dapat diisi oleh wanita yang kurang cantik, kerana mereka ini lambat sedikit mendapat jodoh dan dengan itu tiada ada siapa yang boleh menanggung mereka bahkan menjadi bebanan keluarga pula. Jika wanita cantik sahaja yang dipilih, maka wanita yang kurang cantik akan ternafi dengan sendirinya dalam mendapat pekerjaan itu akibat persaingan yang wujud. Adakah pendapat ini salah atau satu diskriminasi terhadap wanita cantik, sedangkan ia satu keprihatinan dan membela hak wanita.

Inilah pembohongan yang dilakukan oleh media arus perdana yang sangat memalukan kerana mereka tidak beretika dalam profesion mereka. Inilah yang dikatakan mereka stenographer yang hanya menulis mengikut dictation yang dibuat oleh boss mereka di Putrajaya dan di Angkasapuri, kalau tidak mereka akan kehilangan kerja. Sudah berapa ramai yang telah diberhentikan kerana cuba sedikit mahu menjadi wartawan bukan stenographer atau penulis petition.

Dalam soal bekerja malam juga, mereka memutarbelit fakta. Bagi memberi kelonggaran kepada wanita dan kerana tugas sebagai ibu serta sebab-sebab keselamatan adalah wajar dan lebih baik pekerja wanita tidak disetarafkan dengan lelaki dalam soal kerja malam. Bagaimanapun dalam tugas dan tanggungjawab sektor tertentu ada yang dikecualikan. Inilah intipati perkara yang dibangkitkan tetapi Angkasapuri menselewengkan fakta mengatakan wanita tidak boleh kerja malam.

Banyak lagi fakta yang diputarbelitkan kebenaran dikatakan kebatilan dan kebatilan dianggap kebenaran. Persoalan ini berbaur dengan keremehan tetapi ia penting kerana disabitkan kepada wanita, seolah-olah wanita didiskriminasikan di kedua buah negeri ini. Hakikatnya kedua buah kerajaan mahu memartabatkan wanita, mengambil berat keselamatan mereka, meletakkan wanita pada tarafnya yang dihormati tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak Islam.

Lihatlah apa yang mereka lakukan kepada wanita, mereka menjadi wanita sebagai hiasan, pameran, wanita dieksploitasi sebagai barang dagangan dalam peraduan ratu cantik, penari-penari, pertunjukan kebudayaan, wanita-wanita menjadi penabur bunga laluan pemimpin. Inilah barang hiasan dan eksploitasi yang kadang-kadang tidak disedari wanita. Untuk menyatakan kedua negeri dibawah pemimpin BA/PAS, Kelantan dan Terengganu diskriminasi wanita, lihatlah siapakah yang monopoli perniagaan di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu dan Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu. Ia sekaligus mempamerkan pembohongan besar Umno dan Barisan Nasional.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com