UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pemimpin tertinggi Terengganu tidak bolot hasil negeri

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Petroleum dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali menegaskan pemimpin tertinggi kerajaan termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri tidak terbabit membolot hasil negeri termasuk mendapatkan balak.

Penegasan itu dibuat bagi menjawab soalan kononnya pemimpin dan pemimpin tertinggi kerajaan banyak ‘menggomol’ balak tetapi masing-masing tidak dapat menyatakan siapa. Ketegasan itu dibuat dalam satu dialog dengan Muslimat PAS dari seluruh negeri Terengganu di Kediaman Seri Iman, kediaman rasmi Menteri Besar di sini baru-baru ini.

Katanya, tohmah itu yang dibuat oleh musuh bagi melemahkan Kerajaan Negeri. Kira-kira 2,000 muslimat hadir di majlis itu. Antara lain Dato’ Haji Mustafa memberitahu:

• Perbicaraan saman ke atas PETRONAS mengenai rampasan wang royalti minyak akan diadakan pada 18 dan 19 Febuari di mahkamah di Kuala Lumpur;

• Tidak menjadi kesalahan bagi rakyat yang memerlukan menerima bantuan wang ihsan kerana ia asalnya adalah hak rakyat negeri Terengganu; ada pun wang itu dikatakan haram ialah dari segi undang-undang kerana ia dirampas dari wang royalti;

• Peneroka tanah kerajaan yang mengusahakannya hendaklah membuat permohonan kepada kerajaan dan pastikan permohonan itu difailkan; tanah yang diusahakan atau dihidupkan berhak mendapat hak atas tanah itu dengan syarat pemohon belum pernah mendapat tanah dari kerajaan tetapi kerajaan bersedia memberi tanah yang diusahakan kepada anaknya yang belum mendapat tanah;

• Tanah yang diteroka akan diberi kepada peneroka dengan syarat ada bukti kukuh tanah tadi diteroka;

• Peneroka yang ada bukti tanah itu diterokainya tetapi ditolak permohonannya boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan;

• Orang UMNO yang namanya disenaraikan dalam daftar bantuan kebajikan dan mereka benar-benar berhak, tidak akan dikeluarkan dari senarai itu; nama yang digugurkan dari senarai bantuan kebajikan dalam rangka pemutihan ialah orang yang berpendapatan bertambah baik seperti sudah memiliki kereta dan sebagainya;

• Tiada Tadika Kemas diusir dari balai raya, yang ada ialah Kelas Kemas pindah ke bangunannya sendiri yang dilaporkan oleh media sebagai diusir;

• Prof. Dr. Mohd. Zaki bin Abdul Muin dilantik oleh kerajaan negeri untuk menjadi Ketua Eksekutif TATI dan beliau dipecat kerana tidak patuh kepada arahan menamatkan seorang pegawai yang tidak diperkenan oleh kerajaannya; gantinya Dr. Saiful Bahari adalah seorang jurutera yang menjadi tenaga akademik di KUSZA;

• Majlis Syura Ulama PAS memperakui mengekalkan dasar lama PAS mengharuskan Muslimat bertanding dalam pilihanraya seperti tahun l959.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com