UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




120 orang miskin bukan Islam dirai sempena Raya Cina

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHMAD

BESUT: Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meraikan 120 orang fakir miskin di kalangan masyarakat Tionghua, India serta berketurunan Siam. Satu majlis Sambutan Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina turut diadakan secara meriah dan dihadiri lebih 600 penduduk di Taman Teratur, Jertih, baru-baru ini. Ketika menemui penerima sumbangan terbabit, mereka yang rata-rata kagum serta yakin dengan kemampuan kepimpinan kerajaan negeri hari ini.

Sam Pon, 49, dari Seberang Jertih berkata, Kerajaan Negeri berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. "Kami suka dan selesa berada di bawah kerajaan ini dan kami juga bebas mengamalkan ajaran dan budaya cina tanpa sekatan," ujarnya. Katanya, layanan Kerajaan Negeri terhadap orang bukan Islam juga sama dengan orang Islam dari segi kebajikan sosial.

Cheniah A/P Chenayan, 50,dari bandar Jertih memuji sikap Menteri Besar yang boleh bergaul mesra dan bertemu dengan rakyat. "Saya rasa gembira dan ucap terima kasih kepada Menteri Besar, Exco dan wakil rakyat yang sedia bertemu dengan rakyat yang miskin," jelasnya. Beliau berharap agar kerajaan baru ini tidak mengamalkan sikap seperti bekas kerajaan lalu yang mengabaikan tanggungjawab sosial.

Menurutnya, beberapa kali permohonan mendapatkan sebuah rumah murah kos rendah ditolak semasa pemerintahan bekas kerajaan lalu. Seorang tukang kayu, Mr. Lim Yew Chai, 58, berharap kerajaan banyak membantu golongan miskin dan dhaif yang masih terdapat di negeri ini. Katanya, rakyat di kawasan pendalaman masih ramai terdiri dari kalangan fakir miskin serta perlu dibantu. "Saya tahu bukan kerajaan tak mahu buat kerja tapi minyak sudah dirampas orang (kerajaan) pusat," jelasnya.

Di samping itu, beliau meminta Kerajaan prihatin dengan masalah rakyat bawahan agar tidak menaikkan harga barang keperluan harian. Seorang peniaga, Mr. Lua Kim Tick, 37, menyarankan agar Kerajaan Negeri mencontohi kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Terengganu kena belajar dengan Kelantan kerana pentadbirannya yang bagus dan adil," ujarnya.

Selain itu, katanya bekas kerajaan lalu juga banyak melakukan rasuah politik serta penyelewengan yang hanya berpeluang memberikan kekayaan kepada golongan tertentu. Ahli Majlis Daerah Besut, Mr. Lee Ting Wan, 57, mengakui orang cina cukup takut dengan parti pembangkang (PAS) sebelum menjadi pemerintah hari ini. "Sekarang kita (cina) tidak takut lagi kepada PAS kerana sudah ada contoh di Kelantan dan Terengganu. "Saya akan jadi pembangkang semula jika kerajaan ini buat perkara yang tidak betul kepada rakyat," ujarnya. Katanya, jika kerajaan melakukan perkara yang tidak betul serta tidak berlaku adil akan ditentang pula oleh rakyat di negeri ini.

Di majlis tersebut turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Hussein Awang, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Sosial dan Kesihatan Haji Abu Bakar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas, Tun Dato’ Mohd. Salleh Abas, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Kaum, Haji Awang Jusoh, Ahli Parlimen Besut, Kuala Nerus dan pimpinan masyarakat lain.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com