UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Terengganu tetap di bawah Persekutuan Malaysia

DUNGUN: Tidak berbangkit soal Terengganu hendak keluar dari Malaysia walaupun ia telah dilayan berbeza dengan negeri-negeri lain oleh Kerajaan Pusat. Malah bukan sahaja Terengganu mesti kekal sebagai sebahagian dari kedaulatan negara Malaysia tetapi Terengganu hendak melihat seluruh negara ditadbir dalam satu sistem pemerintahan yang sama dengan sistem yang terpakai di Terengganu sekarang.

Persoalan ini berbangkit dalam Majlis Dialog Perdana antara Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Exco Kerajaan dengan masyarakat di Daerah Dungun malam 29 Januari lalu. Daerah Dungun adalah tempat kedua Dialog Perdana itu diadakan dalam siri Dialog Perdana yang diadakan di seluruh negeri sempena dua tahun pentadbiran baru. Dalam dialog itu Kerajaan telah ditanya apakah ia bersedia untuk mengadakan pungutan suara bagi meninjau mendapat orang ramai, apakah mereka bersedia keluar dari Malaysia memandangkan wujudnya diskriminasi yang ketara di negeri itu oleh Kerajaan Pusat.

Menteri Besar tidak memberi ulasan panjang ketika menolak saranan itu tetapi menegaskan; "bukan sekadar Terengganu mesti kekal dalam Malaysia bersama-sama negeri yang lain, tetapi kita mahu menguasai pemerintahan seluruh Malaysia selepas pilihan raya akan datang." Walaupun orang ramai di majlis dialog itu riuh rendah ketika pertanyaan seperti itu dikemukakan, tetapi mereka bertakbir bergemuruh menyambut penegasan dari jawapan Menteri Besar itu.

Sementara itu, pimpinan kerajaan negeri itu juga ditanya tentang sikap Presidsen Arroyo mahu menjadikan Selatan Filipina sebagai pengkalan baru bagi Amerika. Menteri Besar menjawab, "Mengapa kita merasa pelik dengan Filipina hendak menjadi pengkalan Amerika sedang Malaysia sendiri sudah dijadikan pengkalan Amerika." Baginya Malaysia sudah dijadikan pengkalan Amerika apabila ia bersetuju dengan semua kemahuan dan tindak tanduk Amerika dalam isu kempen menentang keganasan.

Katanya, sebelum kejadian 11 September, 2001, Perdana Menteri mempertikai sikap Amerika dalam isu antarabangsa itu. "Bagaimanapun selepas itu Dr. Mahathir mendengar sahaja apa yang Amerika kata, logiknya, ia seperti sudah menjadikan Malaysia sebagai pengkalan Amerika," jelasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com