UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




MB ingatkan jangan terpengaruh wang ihsan agenda pusat

SETIU: Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan Program Pembiayaan Wang Ihsan (PPWI) yang menjadi agenda utama Kerajaan Pusat. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, PPWE merupakan taktik serta umpan yang digunakan oleh pembangkang di negeri ini bagi menjatuhkan Kerajaan Negeri. "Pembahagian wang ihsan merupakan umpan pembangkang menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya di majlis Dialog Perdana Rakyat, di Pekan Budaya Rhu 10, Penarik, baru-baru ini.

"Permainan duit ihsan ini adalah umpan yang diberikan kepada rakyat bagi menghadapi pilihan raya akan datang. "Rakyat pula mestilah bijak memilih umpan yang dihulurkan supaya tidak terjerat," ujarnya. Beliau mengumpamakan ikan yang tidak memilih umpan seperti ikan dukang yang mudah terkena kail kerana memakan semua jenis termasuk bangkai dan tahi. Oleh itu katanya, jadilah seperti ‘ikan tenggiri’ yang kadangkala umpan habis kail terlepas.

Sehubungan itu, katanya rakyat di peringkat bawahan perlu memberi pandangan, teguran serta kritikan yang membina kepada Kerajaan Negeri. "Program dialog terbuka bersama rakyat ini bukti ketelusan kerajaan memerintah negeri," tegasnya.

Menurutnya, kerajaan di bawah kepimpinan PAS berhasrat untuk memerintah negeri dengan baik mengikut Islam. "Berilah peluang kepada kita (kerajaan) menunjukkan cara pemerintahan Islam dan usah disekat," ujarnya. Katanya, Kerajaan Negeri secara berterusan diserang dengan pelbagai senjata seperti wang ringgit, televisyen dan akhbar oleh Kerajaan Pusat. Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ku Abdul Azah Syed Alwee, exco kerajaan negeri, ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com