UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Draf hudud bakal diluluskan di sidang Dun

SETIU: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Haji Wan Abdul Muttalib Embong berkata, setelah dua tahun memerintah, kerajaan PAS telah meluluskan sebanyak enam enakmen undang-undang Islam. Katanya, dakwaan pembangkang mengatakan Kerajaan Negeri mencedok atau meniru bulat-bulat rang undang-undang tersebut tidak benar dan mengelirukan rakyat. "Kita (kerajaan) bukan tiru tetapi itu merupakan undang-undang asas yang mesti diadakan oleh setiap negeri.

"Ia merangkumi bidang kuasa perlantikan hakim-hakim mahkamah syariah, prosedur mahkamah serta undang-undang keterangan," katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Dialog Perdana Rakyat, di Pekan Budaya Rhu Sepuluh, Penarik, Setiu, baru-baru ini. Rang undang-undang yang diluluskan ialah Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam, Undang-undang Tatacara Mahkamah Syariah, Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah, Undang-undang Tatacara Keterangan Jenayah Syariah dan Undang-undang Jenayah Syariah (takzir). Katanya, semasa bekas kerajaan lalu memerintah tidak pernah meluluskan rang undang-undang tersebut.

Menurutnya, apabila enakmen berkenaan diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ogos tahun lalu, pembangkang mendakwa milik mereka. Sehubungan itu, katanya enakmen hudud dan qisas juga di peringkat semakan terakhir oleh Penasihat Undang-undang Negeri. "Enakmen hudud dan qisas akan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang, InsyaAllah," jelasnya






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com