UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Umat Islam perlu kuasai ICT

MARANG: Kerajaan Negeri tidak ketinggalan memajukan industri teknologi maklumat dan multimedia (ICT) dengan melaksanakan Projek K-Komuniti di bawah program cakna ICT Negeri Terengganu kerana tidak mahu rakyat ketinggalan mengikut perkembangan teknologi itu. Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, rakyat juga perlu memanfaatkan kemajuan itu untuk pembangunan ummah sebaik mungkin. Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, industri ICT perlu diterokai oleh umat Islam untuk tujuan itu. Beliau berucap di Majlis Pelancaran Program Cakna ICT Negeri Terengganu, di Masjid Kampung Baru Serada, baru-baru ini. Katanya, industri ICT hari ini perlu diambil peluang oleh umat Islam agar tidak ketinggalan. "Kita boleh ambil yang baik dari teknologi berkomputer dan meninggalkan perkara yang merosakkan minda. "Kita (umat Islam) boleh mencari ilmu Islam yang banyak dengan penggunaan teknologi maklumat secara mudah dan berkesan," ujarnya. Katanya, segala ilmu Islam dari semua mazhab serta kitab-kitab yang dikarang oleh ulama’-ulama’ silam boleh dimuatkan dalam sekeping CD.

Menurut Dato’ Seri Menteri Besar, sejarah telah membuktikan umat Islam terlebih dahulu menguasai ilmu serta kemajuan di zaman kegemilangannya. Katanya, dunia Islam yang pertama mencipta ilmu falaq, matematik, kimia, biologi, perubatan, kejuruteraan, ketenteraan dan lain-lain. Justeru itu, katanya Islam pernah menjadi satu kuasa besar dunia yang tunggal menguasai Timur Tengah, Asia Barat hingga ke Eropah.

"Hari ini umat Islam dijajah dan dilanda tamaddun barat yang sentiasa memusuhi Islam secara berpanjangan," ujarnya. Tambah beliau, meskipun dunia Islam dijajah serta dihancurkan oleh musuhnya tetapi cahaya Islam tidak boleh dipadamkan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ku Abdul Azah Syed Alwee, Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen serta wakil-wakil rakyat.

Desa ICT merupakan satu program memasyarakat ICT di kalangan rakyat Terengganu dan menjadi matlamat setiap Jawatankuasa Syura Rakyat mempunyai satu set komputer untuk kegunaan dan manfaat pembangunan kampung masing-masing.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com