UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SUK: Pegawai Kerajaan taat setia dengan kerajaan semasa

SETIU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersetuju dengan Setiausaha Kerajaan (SUK) Dato’ Engku Abdul Azah Syed Alwee bahawa pegawai kerajaan negeri perlu bersifat profesional dan taat setia dengan kerajaan semasa. Kedua-dua mereka mengingatkan perlunya pegawai awam negeri memahami tentang kaedah dan sistem pentadbiran British yang diterima pakai oleh kerajaan Terengganu selama ini dan akan diteruskan mengikut kesesuaian sekarang. Dalam kaedah pentadbiran British kerajaan bertukar tetapi pegawai pentadbir kekal. Berbeza dengan sistem Amerika, apabila kerajaan bertukar, pegawai-pegawai ikut bertukar.

Dato’ Engku Abdul Azah dalam Dialog Perdana yang pertama dalam siri Menteri Besar dan Exco berdialog dan bermula ke seluruh negeri di sini memberi garis panduan kepada para pegawai kerajaan negeri dan agensinya dalam melaksanakan tugas dalam kerajaan semasa. Setiu adalah daerah pertama mendengar arahan dari Dato’ Engku Abdul Azah. Menteri Besar menyifatkannya sebagai ucapan sulung SUK yang baru.

Dalam ucapannya Dato’ Engku Abdul Azah mengingatkan para pegawai supaya bersikap profesional dan patuh kepada kerajaan yang ada. Mereka mesti memahami bahawa dalam pilihanraya bebas tahun 1999, rakyat telah memberi mandat kepada Barisan Alternaif (BA) pimpinan PAS untuk memerintah Negeri Terengganu.

Beliau mengingatkan mana-mana pegawai yang lupa atau sengaja lupa, mana yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham supaya menerima hakikat bahawa Terengganu sekarang adalah di bawah kerajaan BA pimpinan PAS yang berorientasi membangun menurut Islam. "Kakitangan kerajaan hendaklah memahami dasar dan matlamat kerajaan baru. Kerajaan sekarang tidak mengiktiraf JKKK. Ia mewujudkan JSR. Masing-masing hendaklah jangan terlibat dengan JKKK," katanya.

Katanya, setiap pegawai dilindungi oleh peraturan am dan cara-cara mentadbir mengikut kaedah British iaitu pegawai kekal dan patuh kepada kerajaan semasa, kerajaan bertukar tetapi pegawai kekal. Pegawai-pegawai berhak memberi pandangan dalam perlaksanaan pentadbiran, termasuk perkara dasar, tetapi yang membuat keputusan ialah kerajaan yang ketuanya ialah Menteri Besar.

Pegawai mesti bersifat profesional dengan mengambil pasukan bola sebagai contoh. Dalam pertandingan antara Selangor dan Setiu, ada orang Selangor yang pernah bermain bagi pihak Selangor tetapi bertukar menjadi pemain Setiu dan begitu juga sebaliknya. Sebagai pemain professional dia mesti bersungguh-sungguh bermain untuk memenangkan pasukannya walau yang dilawannya adalah pasukan negerinya dan pemain-pemainnya adalah rakan-rakannya sendiri.

Dalam ucapannya selepas itu Dato’ Seri Tuan Guru bersetuju dengan ibarat professional yang disebut oleh Dato’ SUK itu dan berkata, pemain bola professional tidak sepak bola ke gol sendiri. Katanya, setelah kerajaan membuat keputusan, pegawai jangan bercakap di belakang, berkempen, membuat kenyataan, menulis buku dan sebagainya.

Masing-masing hendak menerima dan melaksanakannya dengan cara yang cekap, cepat, tepat dan dengan hati terbuka. Sifat-sifat tadi baginya kadang-kadang menyegerakan pelaksanaan. Mana-mana kerja yang memerlukan masa enam bulan cuba segerakan jadikan lima bulan atau empat bulan. Beliau mengingatkan pegawai boleh jadi ahli mana-mana parti politik, tetapi pegawai tertentu tidak boleh berpolitik dan memegang jawatan dalam parti politik.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com