UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kakitangan rendah berpeluang naik pangkat

SETIU: Kerajaan Terengganu bercadang untuk menaikkan pangkat dan kedudukan kaki tangan rendah kerajaan yang mempunyai kelayakan akademik. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Terengganu, Haji Wan Abdul Muttalib Embong berkata, mana-mana pegawai rendah yang ada kelayakan akademik dan kecekapan bekerja dinaikkan ke taraf perkhidmatan yang lebih baik atau naik pagkat. Haji Wan Abdul Muttalib menjelaskan demikian kepada majlis Dialog Perdana dengan kakitangan kerajaan di sini baru-baru ini.

Dalam manifesto pilihan raya lalu PAS berjanji untuk menaikkan taraf pegawai rendah kerajaan supaya mereka berpeluang ditingkat ke dalam perkhidmatan yang lebih baik. Peluang wajar diberi supaya mereka maju. Bagaimanapun peluang seperti itu bergantung kepada kedudukan akademik mereka. Mereka digalakkan belajar dan diberi latihan supaya mencapai kelayakan yang memungkinkan mereka dinaikkan pangkat. Rancangan itu terhenti sementara disebabkan oleh kedudukan kewangan. Bagaimanapun prestasi dan aktiviti mereka terus dipantau supaya masing-masing berpeluang membaiki diri.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com