UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Barat berpakat hancurkan Islam

HULU TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Haji Abu Bakar Chik mengingatkan umat Islam tentang pakatan Barat ingin memusnah gerakan Islam di seluruh dunia. Katanya, pakatan Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) telah memulakan perang proksi secara global terhadap Islam.

"Serangan terhadap WTC pada 11 September tahun lalu menjadi alasan kepada Amerika Syarikat menuduh umat Islam sebagai pengganas. "Perang salib terhadap umat Islam di abad ini telah dimulakan di bumi Afghanistan," jelasnya. Beliau berucap di satu majlis anjuran Yayasan Amal Malaysia, di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, baru-baru ini. Katanya, selama tempoh 200 tahun, telah berlaku tujuh kali perang salib terhadap umat Islam.

Menurutnya, pihak Barat ingin memusnahkan gerakan Islam terutama di Yaman, Somalia, Afghanistan dan lain-lain negara di Asia Barat. "Motif menghapuskan pengganas amat dangkal kerana tidak mempunyai bukti kukuh membabitkan umat Islam," ujarnya.

Oleh itu katanya, serangan terhadap negara umat Islam yang diketuai Amerika Syarikat ini merupakan perang dunia ketiga yang sedang berlaku. Beliau berpendapat kebangkitan Islam di abad ini akan diwarnai dengan kesengsaraan serta peperangan terhadap umat Islam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com