UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kenyataan berhubung gambar Dr Mahathir minum

Pertama maaf kerana tak update 2 hari kerena kesuntukkan masa serta keuzuran yang amat sangat.

Saya pada awal tak berhasrat sangat nak ulas tetapi apabila melihat gelagak TepakBersulam dalam lamannya yang begitu ghairah dan melucukan membela Dr Mahathir dengan alasan yang memang tak logik. Memang dasar beliau pengampu.

Gambar ini sebenar sengaja saya siarkan bersama gambar Hamid Kazai setelah saya simpan lebih daripada 11 tahun. Untuk makluman gambar Dr Mahthir minum itu telah menjadi gambar sebarang umum pada pilihan raya tahun 1990 bersama gambar Kuli pakai tengkolok bersalib. Dr Mahathir telah menjawab dan telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Saya tak nyatakan apa ulasan Dr Mahathir. Biar Tepak berusaha sedikit mencarinya di arkib Utusan Melaysia kalau nak jadi penulis...

Tapi malangnnya Tepak Bersulam telah mengampu dengan pelbagai alasan. Saya perturunkan beberapa petikan kenyataannya.

Dr Mahathir adalah seorang doktor yang begitu menjaga akan kesihatan beliau. Yang kita pasti beliau menjauhkan diri dari arak dan juga rokok.Itulah sebab kita dapat menyaksikan walaupun didalam usia sebegini beliau maseh sihat dan gagah, pemikiran beliau masih tajam jika di bandingkan dengan pemimpin dari parti pembangkang yang kini telah nyayuk. (Tahukan siapa)Inilah rahsia beliau PM kita.

Gambar ini disiarkan oleh laman web yang sentiasa membohong (TranungKote}yang konon nya perjaungkan Islam .Inilah Islam ala pas yang mereka perjuangkan,Inilah produk-produk yang dilahirkan oleh PAS.Cuba bezakan jumlah arak yang diminum oleh gambar sebelah dan juga jumlah air di dalam gelas PM. Kalaulah arak banyak ini sekali minum, Jawapnya minum 2 gelas balik jalan atas kepala lah. Mungkin juga depa ni semua dah jilat gambar tuh dan mengesahkan bahawa ia nya arak. Orang Asli boleh lah nak tipu.Orang asli pun lagi bertemadun dari mereka-mereka ini.(kurang buat fitnah seperti mereka)

Akhir kata Tepak, memang sah saudara seorang pengampu seperti banyak penulis memberi gelaran kepada saudara. Berhentilah menjadi penjilat. Sebelum menulis baik saudara ke Pejabat Utusan dan Berita Harian dapat arkib berita, baca sendiri jawapan Dr Mahathir dan bandingkan dengan jawapan saudara.

Kalau masih tak dapat jawapan Dr Mahathir, sila hubungi saya, Insya-Allah saya akan scan kenyataan tersebut untuk tatapan saudara.

Belajar bersikap jujur dalam menulis, terima hakikat jangan asyik membela membabi buta walaupun perkara itu ternyata salah sebagaimana anda sanggup mengadai maruah untuk membela kes rasuah Khir Toyo dengan mecerca mereka yang cuba membongkar kes itu. Membuat Memo palsu dan mendapat habuan dengan leparan fitnah dan saranah. Ini semua kerja-kerja tak baik.

Adakah saudara tidak takut dengan amaran Allah, jangan kamu menghampiri si zalim nanti kamu disambar oleh api neraka. Cukuplah saya tak mampu untuk mengubah pendirian saudara.... Kita sama-sama webmaster seharus berlaku jujur dalam penyebaran maklumat.

Abu Jihad
Tranung Kite






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com