UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kenapa saya mendedahkan email rashia TepakBersulam

Secara peribadi saya memang ada hubungan dengan sdr Tepak melalui email-email walaupun kami berbeza fahaman politik. Ini adalah amalan biasa dalam politik. Sdr Tepak pernah memuji laman Tranung Kite dan kemudian dia menyerang saya dengan teruk 'mungkin' laman Tranung Kite terlalu banyak menyerang beliau.

Saya nak jawab dahulu kenapa saya menyerang Tepak. Mudah aje dia menyerang Lutfi begitu teruk sekali dan apa salahnya kalau saya menyerang dia. Kalau kita boleh mengkritik orang kenapa pula orang lain tak boleh kritik kita ?

Tepak juga ada menulis, UMNO perlu menyerang laman Reformasi jangan biar kita menangkis serangan biar mereka pula menangkis serangan. Tanpa dapat rasuah Lutfi (joke), hanya kenal Tok Ayah, saya membantu mereka untuk menyerang Tepak bagi mengalih pandangan penulis upahan ini supaya dia habis masa menjawab serangan saya... dia terkena dengan hujahnya sendiri.

Sebagai seorang penulis kita mesti ada prinsip. Penulis berhak memuji dan mengkritik, itu hak bersuara dan kebebasan ini termaktud dalam perlembangaan. Saya tidak marah jika Tepak menulis untuk mengkritik Lutfi. Memang manusia memang ada kelemahannya, takkan Lutfi tu betul sahaja, dia tidak maksum.

Tapi saya cukup marah bila dia memfitnah, mengaibkan seorang penulis setahu saya seorang yang mempunyai prinsip hidup. Lutfi sanggup mengadaikan periuk nasinya untuk membuat pendedahan kes Khir Toyo... Kita boleh fikir mudah ke nak dedah tembelang rasuah seorang pemimpin yang mendapat perlindungan PM dan TPM. Sedangkan Lutfi dengan syarikatnya dalam cengkaman KDN. Tapi Lutfi buat pendedahan walaupun ugut demi ugutan diterima. Keselamatan diri dan anak-anaknya diserahkan kepada Allah. Dia cukup bertawakal.

Kes Khir Toyo bukan fitnah, Lutfi ada maklumat yang cukup... dia buat CD yang mana kalau perkara ini fitnah, memang Lutfi seorang yang bodoh. Khir Toyo boleh saman dia. Semua orang boleh fikir perkara ini. Kenapa Khir Toyo tak saman Lutfi ? Kalau saman semua akan terdedah di mahkamah, termasuk sdr Tepak yang mendapat habuan rasuahnya. [Hanya bodoh, Dato' Idris Jusoh aje yang nak saman orang. Kami berhasrat nak jumpa dia di Mahkamah, kami akan dedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan. Al Haqdaily sila ambil perhatian. Kami akan menyerang sebagai mana Lutfi menyerang khir Toyo. Hanya masa akan menetukkan.]

Bila Tepak mengeluarkan artikal Dr Hassan Ali bagi rasuah kepada Lutfi dan dia ada bukti, saya menghantar email kepadanya dan menyatakan pandangan peribadi saya tak setuju dengan artikal itu kerana dia berbentuk fitnah. Entah apa masalahnya dia marah kepada saya dan seolah-olah mencabar 'permaianan' saya dengan dia.

Memang pada mulanya saya tak berhasrat nak dedahkan email ini. Saya terima email ini pada 12 Feb lagi, tetapi memandangkan sikap hiprokrit dan penjilat, saya menjadi cukup meluap. Bagi saya jika dia nak terima apa-apa upahan daripada Khir Toyo terimalah, saya memang tak kisah. saya pun tahu kebanyakkan mereka yang menyokong UMNO adalah semata-mata nak dapatkan habuan.

Tetapi yang teruk dan biadapnya bila dia menuduh dan memfitnah orang lain mendapat habuan pula. Orang lain pula yang jahat, penjilat dan makan harta benda yang tak betul. Ini satu tindakan biadap dalam penulisan. Dia bukan sahaja menyerang orang lain, malah dia sanggup menikam rakan-rakan seperjuangan demi nama baiknya. Apakah kita nak kata orang seperti ini ?? seolah-olah dia ini baik, yang jahat tu rakan-rakan dia. Yang makan rasuah tu kawan-kawan dia, yang penjilat tu orang lain. Maaf Tepak, saya tak suka semua ini.

Mungkin ada yang terfikir, jika saya mendedahkan satu daripada email-email ini maka saya telah menutup sumber maklumat penting dan ini akan merugikan. Memang saya tidak menafikan banyak maklumat yang bocor dalam laman ini datangnya daripada orang dalam UMNO sendiri. Takkan saya nak ke KL nak dapatkan semua maklumat yang berlaku di sana. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menjaga periuk nasi, mencari pangkat dan pengaruh. Mereka ini boleh 'menikam' antara satu sama lain (lihat ajelah lambang keris tak bersarung tu) demi habuan. Ini cukup jelas berlaku pada si Tepak. Cuba fikir bagaimana kami di Terengganu boleh mendapatkan maklumat yang lengkap jika tiada orang dalam yang dedahkannya. Siapa yang mendedahkannya.... takkan tak tahu kot !

Untuk makluman, kami bukan sahaja ada Tepak, malah ada banyak lagi sumber-sumber maklumat dan Insya-Allah kami akan mendedahkannya.

Akhir kata, maaf Tepak bukan itu prinsip kami, carilah orang lain kalau nak jatuhkan sesama sendiri. Tranung Kite dibina bagi memberi kesedaran massa bukan untuk menjatuhkan sesama sendiri...

Abu Jihad
Webmaster
Tranung Kite






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com