UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SHAHIDAN KASSIM VS IBRAHIM ALI?

Satu ketika dahulu, semua orang mengenali `kaki ampu' Mahathir iaitu Ibrahim Ali atau lebih glamournya digelar `Ibrahim Al-Kataki'. Ibrahim Ali yang satu ketika pernah disorak serta di`boo'kan oleh rakyat ketika berceramah di Selangor sewaktu beliau menfitnah Dato' Seri Anwar dalam ceramahnya. Ibrahim Ali juga telah menunaikan `nazar'nya iaitu akan `mencium serta menjilat punggung' Mahathir sekiranya beliau keluar dari Parti Melayu Semangat 46 dan memasuki UMNO (Baru). Justeru itu, beliau tidak habis-habis mengampu Mahathir.

Kita masih ingat Ibrahim Ali pernah nmendakwa mempunyai kaset rakaman ceramah PAS kononnya ada komplot untuk membunuh PM. Beliau juga sewaktu itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan atas PAS berkaitan isi kandungan kaset tersebut. Sehinggalah beliau ditolak keluar oleh Mahathir dalam kabinet malahan sehingga kini di mana dakwaan tersebut? Kita juga pernah mendengar hujah beliau di dalam kaset yang dirakamkan semasa di dalam Mesyuarat MT UMNO bagi menentukan tindakan ke atas Dato' Seri Anwar. Betapa beliau menghina serta menjatuhkan imej Dato' Seri Anwar yang satu ketika dahulu adalah idolanya. Tapi, demi sesuap nasi dan untuk membuncitkan perut beliau, beliau sanggup memakan daging kawannya sendiri. Itulah di antara beribu-ribu sejarah orang Melayu haprak yang bernama Ibrahim Ali.

Betullah kata orang tua-tua, `yang patah akan tumbuh berganti'. Kini, kerja mengampu ini diteruskan pula oleh seorang lagi Melayu haprak berasal dari `Kayangan' (Perlis). Si haprak ini bernama Shahidan Kassim atau glamournya `Kassim Baba'. Beliau bercita-cita tinggi dalam politik dan tanpa segan silu menawarkan diri untuk menjadi MP di Putrajaya nanti. Beliau tahu, bertanding di Putrajaya pasti selamat daripada bertanding di Perlis kerana di Putrajaya sudah pasti Kerajaan BN akan berusaha secara mana sekalipun untuk memenangi kawasan eksekutif tersebut. Baru-baru ini, beliau mencadangkan agar parti-parti politik yang melanggar undang-undang diharamkan. Begitu sekali Shahidan mengampu sehinggakan menampakkan `kebangangan dan ketololannya'.

Kita sebagai pejuang-pejuang Islam yang berjuang di atas Jemaah PAS, janganlah gusar di atas kebodohan Shahidan Kassim ini. Mana mungkin Jemaah Islam yang selama ini tidak pernah mencatatkan sejarah hitam atau menghuru-harakan negara ini boleh diharamkan begitu sahaja. Mana mungkin pemimpin-pemimpin PAS sanggup menggadaikan Islam semata-mata mematuhi undang-undang sekular ini. Biarkan Shahidan menggila dan terus menggila. Mungkin Ibrahim Ali pun tersenyum melihat gelagat Shahidan ini kerana beliau tahu ke mana akhirnya Shahidan nanti. Shahidan yang sejenis dengan Ibrahim Ali dan `spesis-spesis' UMNO yang lain sudah tidak berdaya menghadapi PAS secara anak jantan. Mungkin disebabkan keahliannya kini lebih ramai dari Puteri-Puteri UMNO. Maka, sifat kewanitaan telah mempengaruhi kesemua pemimpin-pemimpin UMNO.

Kita percaya Mahathir tidak sebodoh itu untuk meletakkan Shahidan di Putrajaya kerana beliau tahu Shahidan bukanlah seorang ahli politik bijak. Shahidan pastinya terpaksa berdepan dengan rakyat di Perlis juga dan `kubur' politiknya juga sudah digali di Perlis. Hanya rakyat Perlis sahaja berhak menentukan arah masa depan orang se`haprak' ini. Ilmu mengampu Shahidan terlalu kecil jika dibandingkan dengan Ibrahim `Al-Kataki' dan beliau perlu lebih banyak belajar dari Ibrahim `Al-Kataki' yang kini telah menubuhkan sebuah kelas pondok di Pasir Mas yang bernama `Pondok Pengajian Ampu-sana, ampu-sini'. Selamat belajar Shahidan!!

ZULHAZMI NS






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com