UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




NEGARA ISLAM - HAK BERSUARA DIHORMATI

Akhir-akhir ini, hak bersuara di negara kita semakin ditekan khususnya hak bersuara bagi mengkritik kerajaan. Hak bersuara tidak semestinya mengkritik, tetapi juga termasuk hak untuk memberi penerangan dan penjelasan ke atas satu-satu isu khususnya yang melibatkan kepentingan umum. Di Malaysia, pemerintah sentiasa merasakan diri dan kedudukan mereka terancam sekiranya hak yang dituntut oleh masyarakat dan agama ini dibenarkan.

Apabila badan-badan tertentu atau parti-parti politik tertentu khususnya parti pembangkang ingin mengadakan ceramah penerangan, maka kesulitan pasti timbul yang mana pihak berkuasa sering tidak meluluskan permit. Sekiranya perhimpunan atau ceramah diadakan tanpa permit, maka jadilah ia kononnya perhimpunan atau ceramah haram. kita harus ingat, Pusat-Pusat perjudian atau hiburan juga perlukan permit. Bezanya, Pusat-Pusat Perjudian atau hiburan yang tiada permit boleh beroperasi dengan diberikan permit, maka jadilah ia Pusat Perjudian atau hiburan yang `halal'. Sekiranya permit boleh diberikan bagi `menghalalkan' pusat-pusat begini yang jelas tanpa `khilaf' adalah haram di sisi Islam, maka pelik di bawah `Negara Islam' Mahathir ceramah oleh parti-parti politik yang sah pula tidak boleh dihalalkan.

Kebebasan bersuara dalam Islam tidak bermakna tanpa adanya sifat keberanian. Umat Islam mestilah cekal hati, tidak takut dan gentar untuk berdepan dengan pemerintah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Tanpa sifat ini, maka tunggulah saat kehancuran negara lebih-lebih lagi agama Islam itu sendiri. Rasullullah S.A.W bersabda, "Jika enkau melihat umatku takut untuk mengatakan kepada yang zalim,"Wahai penzalim",maka ertinya umatku telah berjinak-jinak dengannya (penzalim)". Justeru itu, adalah menjadi kewajipan kita umat Islam terutamanya pemimpin-pemimpin jemaah Islam untuk terus berjuang dan menegur pemerintah. Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran,"Serulah ke arah jalan (agama) tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan cara yang baik," (Surah An-Nahli-Ayat 125).

Sekiranya kita terus berdiam dan membenarkan puak-puak penentang Islam ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka sewenang-wenangnya, maka kita telah melanggar perintah Allah S.W.T iaitu firmannya, "Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikan, mengajak kepada yang makruf dan mencegah dari kemungkaran," (Surah Al Imran-Ayat 104). Lupakah kita pada Sabda Rasullullah S.A.W, "Barang siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, kalau tidak mampu hendaklah dengan lisannya, kalau tidak mampu juga hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemah iman,".

Sejarah Islam menceritakan, pada suatu peristiwa, seorang lelaki berkata kepada Sayyidina Umat, "Wahai Umar, takutlah kepada Allah," maka sahabat-sahabat di sisi Sayyidina Umar merasa agak marah dengan teguran keras lelaki tersebut terhadap Amirul Mukminin, namun Sayyidina Umar lantas melarang mereka dan berkata,"Bahkan, katakanlah (nasihat) seperti itu, tidak ada kebaikan bagi kamu jika tidak mengatakannya (menasihat Umar) dan tidak ada kebaikan bagi kita sekiranya enggan mendengarnya (nasihat),". Begitulah sifat yang seharusnya ada pada setiap pemerintah, apatahlagi pemerintah yang mendakwa memerintah sebuah negara Islam.

Sekiranya kita di negara ini masih tidak dapat melihat pemerintah yang berkuasa sekarang boleh menerima teguran dan kritikan dan masih dapat melihat pejuang-pejuang agama dan keadilan terpenjara tanpa bicara, maka malulah kita di hadapan Allah S.W.T jika masih mengakui bahawa negara ini negara Islam. Wallahuaklam. Allah Maha Besar!!

ZULHAZMI NS






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com