Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


DIMANA KHIR TOYO SEKARANG?

Berita MB Selangor,Khir Toyo 28 November 2001 agak menggemparkan masyarakat Selangor.Berita mengatakan Khir Toyo dimasukkan ke Hospital Pakar Selangor kerana sakit batu karang adalah satu yang tidak diduga sama sekali oleh rakan-rakan dekat Khir Toyo.Sebelum ini ia tidak pernah mengeluh tentang penyakitnya itu kepada teman-teman. Walau bagaimana pun kita turut simpati kerana penyakitnya itu.

Menurut berita ,MB Selangor mengambil cuti rehat dan cuit sakit selama 5 hari mulai 28 November hingga 3 Disember 2001. Pada 4 Disember ia akan memulakan tugas MB seperti biasa.

Sesuatu yang ganjil berlaku daripada kenyataan tersebut. Kebiasaannya cuti pendek selama 5 hari tidak memerlukan pemangku jawatan kecualilah MB cuti panjang melebihi 2 minggu.Dalam masa cuti 5 hari ,tugas-tugas MB dipangku oleh Dr.Zainal Ahmad. Apakah ini perlu?.

Rakyat tertanya-tanya apakah cuti sakit 5 hari ini sebagai persiapan untuk Khir Toyo untuk menyesuaikan diri bercuti panjang seperti Daim Zainuddin ,Menteri Kewangan dan Ainun Said,Peguam Negara?. Rakyat tidak heran selepas 4 Disember Khir Toyo akan terus bercuti dan melepaskan jawatan kerana MB Selangor yang telah tepu dengan isu rasuah dan salah guna kuasa. Jika benar Khir Toyo akan meletakkan jawatan dalam waktu terdekat,tepat sekali ramalan saudara Lutfi bahawa MB Selangor akan meletakkan jawatan sebelum Hari Raya.Maka kempunanlah pengundi Sg.Panjang,kawasan Khir Toyo untuk mendapatkan ayam,telur,beg sekolah dan duit raya?.

Sebenarnya sebelum ini ada berita mengatakan bahawa Khir Toyo telah berangkat mengerjakan umrah pada 23 November 2001 bersama keluarga.Persoalannya apakah pada 28 November 2001 Khir Toyo masih berada di Malaysia ,khususnya di SMC,Shah Alam?.Setelah disiasat ke SMC,Khir Toyo hanya ke SMC sehari pada minggu sebelumnya.Ertinya MB Selangor itu tidaklah sakit sangat sehingga memerlukan cuti panjang dan membatalkan niat untuk mengerja umrah.

Atau ini merupakan satu sandiwara MB Selangor sebelum meletakkan jawatan.Khir Toyo sebenarnya sekarang tidak berada diMalaysia tetapi sedang khusyuk mengerjakan umrah. Dia sendiri pun tidak mengetahui bahawa dia didiktet untuk bercuti sehingga 3 Disember oleh pihak atasan.Kasihan Khir Toyo yang bongkak lagi sombong terpaksa melepaskan jawatan MB. Dapat ke dia pencen MB?

Kakek






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com