Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


ISU KONDOM KHIR TOYO

Pada 6 Disember 2001 Khir ToyO cuba menjadi jago kununnya.Khir Toyo dengan lagak ayam jantan mencadangkan pengharaman penjualan kondom secara bebas sekarang ini.Untuk umat Islam,cadangan Khir Toyo cukup baik. Hanya pengidap AIDS dan pasangan rumah tangga sahaja dibenarkan membeli kondom.Khusunya remaja adalah dilarang.

Tetapi cadangan sensasi Khir Toyo dengan cepat disergah oleh Marina Mahatir bos Malaysia Aids Council,anak Mahatir Mohamad mentor Khir Toyo.

“Tindakan Kerajaan Selangor adalah tindakan gila”sergah Marina kepada Khir Toyo. “Halangan tersebut akan meningkatkan lagi bilangan kehamilan haram dan penyakit sexual transmitted diseases”hujah Marina lagi.

Menteri Perempuan dan Keluarga,Shahrizat Jalil, menteri yang merestui pesta buih di Bangsar turut menbantah cadangan Khir Toyo.Shahrizat telah memberikan amaran kepada Khir Toyo supaya jangan libatkan penjualan kondom dengan agama Islam serta harus memikirkan kepentingan rakyat adalah lebih utama.

Kedua-dua pemimpin yang menentang cadangan Khir Toyo berkaitan larangan jualan kondom secara bebas adalah dari mereka yang cukup rapat dengan Mahafiraun,Mahatir Mohamad.Khir Toyo yang kini bagaikan cacing kepanasan kerana kes rasuah tanah dan projek jalan sedang berusaha untuk melembutkan hati Mahatir.Kini sudah pasti Khir Toyo dalam keadaan bengong. Sama ada ingin meneruskan cadangan menyekat penjualan kondom atau membatalkan cadangan dan terus menyokong Marina serta Shahrizat.

Khir Toyo bukanlah seorang yang mempunyai pendirian yang mantap. Mana-mana yang memberikan keuntungan kepadanya ,disitu ia akan berpaut.Ketika DSAI dipecat ia salah seorang ikut berdemontrasi dan menyokong DSAI melalui Ezam.Sebelumnya ia memang cuba-cuba berjinak dengan sdr.Ezam sebagai orang kepercayaan DSAI ketika itu.Oleh kerana harapan kepada DSAI telah punah ,Khir Toyo terus menempelkan diri kepada Aziz Md.Nor,Setpol,Abu Hasan Omar.

Ramai yang yakin bahawa Khir Toyo akan menjadi pondan dan membatalkan cadangan dan patuh kepada kehendak Marina dan Sharizat.

Ketika baru dilantik MB Selangor,Khir Toyo juga sanggup bermandi darah kununnya untuk mempertahankan hak Melayu.Sampai kini belum kelihatan setitis pun darah Khir Toyo mengalir untuk mempertahankan hak Melayu. Yang jelas adalah mengalirnya ratusan ekar tanah Selangor kepada kroni Khir Toyo dan seterusnya kepada taukeh-taukeh Cina. Juga turut mengalir wang rakyat berjuta-juta ringgit kekantong kroni Khir Toyo melalui pengagihan projek pembinaan jalan dan mengukur tebing Sungai Bernam .

Sesungguhnya Umno Selangor dahagakan kejantanan Khir Toyo mempertahankan isu “Kondom Khir Toyo”

Al Qaeda






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com