Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Chandra Muzaffar keluar dari parti KeADILan

Bekas timbalan presiden parti Keadilan, Dr Chandra Muzaffar hari ini disahkan sudah menamatkan keahliannya dalam parti yang pernah diasaskan beliau itu. Chandra dilaporkan telah mengemukakan surat pemberhentiannya sebagai ahli Keadilan pada awal bulan ini, kira-kira sebulan setelah beliau tidak bertanding untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden.

Beliau menyatakan hasratnya untuk menumpukan perhatian kepada "kegiatan-kegiatan NGOs".

Setiausaha Agung Keadilan Sahri Bahri mengesahkan keputusan Chandra itu hari ini, sambil menyatakan pihak parti sedih dengan perkembangan itu.

"Kami menghormati keputusannya kepada biro politik akan bermesyuarat pada pertengahan Januari tahun depan untuk membincangkan permintaannya," tambah Sahri.

Menurut Sahri lagi, Chandra dalam suratnya menyebut beliau mahu menumpukan perhatian dan masa kepada kerja-kerja NGO terutamanya International Movement for Just World (JUST) dan dialog antara tamadun.

Setiausaha Agung Keadilan itu menafikan khabar kononya Chandra tidak berpuas hati dengan stail pemimpin-pemimpin menguruskan parti.

"Chandra cuma mahu keluar dari Keadilan untuk menjadi pemerhati politik yang bebas," jelas Sahri lagi.

Dr Chandra sekarang berada di Jerman.

Sementara itu, malaysiakini.com melaporkan, bekas ketua penerangan Keadilan Ruslan Kassim akan dipujuk pucuk pimpinan supaya menerima jawatan yang sama.

Ruslan sebelum ini telah menolak tawaran Presiden parti Datin Sri Dr Wan Azizah untuk terus memegang jawatan itu. " Kami akan menunggu Ruslan. Kerana dia penting kepada parti. Dia dijangka membuat keputusan selepas Hari Raya Puasa ini nanti," kata sumber parti.

Sumber itu memmberitahu bahawa Rusli cekap menjalankan tugasnya sebagai ketua penerangan

"Walaupun dia pro-Abim, Ruslan adalah komited dan bekerja kuat," tambah sumber itu.

Ruslan dikhabarkan telah dipengaruhi "Geng empar orang" yang diketuai bekas setiauasaha agung Mohd Anuar Tahir supaya jangan menerima sebarang jawatan dalam parti.

Kumpulan empat orang itu ialah Ruslan, Anuar, Dr Muhammad Nur Manuty,dan Mustafa Kamil Ayub.

........................................
Agendadaily






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com