Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


UMNO, MEDIA & MUNAFIK.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Artikel ini saya tulis untuk menasihati penyokong-penyokong UMNO khasnya agar Takutkan Allah dan hentikanlah menyokong golongan Munafik. Juga untuk 'memperingakan' kembali orang-orang Melayu dari Spesis Mudah Lupa barang apa yang mereka telah terlupa.

Saya ingin memetik satu berita yang dipetik dari sebuah "kitab" rujukan yang menjadi panduan kepada golongan-golongan yang saya sebut di atas. Kitab tersebut tidak lain dari UTUSAN MALAYSIA. Tujuan saya merujuk kepada Kitab Utusan Malaysia (atau juga dikenali sebagai Utusan Meloya @ Utusan Merapu) adalah kerana bagi golongan-golongan seperti yang disebut di atas, tidak ada keraguan bagi mereka apa yang dilaporkan dalam kitab besar mereka itu.

Maka berkatalah dalam kitab itu akan Memanda Perdana Menteri dalam sebuah Negara Islam Sekular, Media hendaklah membuat laporan yang tepat. Maka berkata lagi sang Memanda Perdana Menteri,"Kita belum lagi dapat menentukan salah atau pun tidak salah seseorang tetapi dilapor seolah-olah seorang itu telah menjadi penjenayah." "Jadi ini adalah tidak adil kepada orang yang berkenaan dan ia memalukan orang-orang yang tertentu,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Ibu Pejabat UMNO di sini, hari ini.

Maka kedengarannya sungguh enak sekali nasihat akan Memanda Perdana Menteri ini. Lalu berkata lagi Sang Memanda Perdana Menteri; "Jadi kalau kita awal-awal lagi buat keputusan seseorang itu bersalah, mungkin ia akan menganiaya orang berkenaan,'' katanya.

Jelas Dr. Mahathir, hal yang sama juga ditegaskan dalam Prinsip Undang-Undang Lazim Britain yang menjadi ikutan Malaysia.

Amboi! Sedapnya mulut Sang Memanda Perdana Menteri bermadah. Apakah Memanda Perdana Menteri sendiri telah terkena Sumpahannya sendiri bahawa Melayu Mudah lupa? Atau Memanda Perdana Menteri beranggapan bahawa semua Melayu adalah dari spesis Mudah Lupa?

Lupakah sang Memanda Perdana Menteri akan peristiwa September 1998? Lupakah bagaimana media-media dibawah kekuasaan Memanda Perdana Menteri menangani Kes Saudara Anwar Ibrahim? Lupakah akan Memanda Perdana Menteri bagaimana dia sendiri mempergunakan Media untuk memalukan Saudara Anwar dan Keluarga? Apakah kita sudah lupa bagaimana Akhbar-akhbar dibawah penguasaan Memanda Perdana Menteri menyiarkan AFIDAVIT PALSU DATO' NALLA yang mengandungi fitnah dan bertujuan untuk memalukan Saudara Anwar dan keluarga. Tidakkah kita merasa hairan bagaiamana Affidavit Palsu yang difailkan di mahkamah sebelah paginya telah disiarkan dalam edisi khas akhbar kroni disebelah tengaharinya. Yakni, telah diadakan Edisi Khas untuk memalukan Saudara Anwar. Apa komen Memanda Perdana Menteri pada hari itu? Akhirnya Dato' Nalla cuba menfailkan kembali Affidavit yang sebenar bagi membantah kandungan Affidavit Palsu tersebut, kenapa tidak pula disiarkan oleh akhbar? Kenapa tidak ada pula edisi khas? Kenapa tidak dibuat liputan akan ugutan hukuman bunuh bakal Peguam Negara (hasil dari membalas jasa oleh Memanda) terhadap Dato' Nalla demi untuk mereka cipta tuduhan terhadap Saudara Anwar?

Hari ini setelah, media-media mereka sendiri membongkar penyelewengan yang dibuat oleh orang-orang UMNO maka lain pula rentak tari Memanda. Apakah ini hasil dari du'a dan solat hajat yang dibuat oleh rakyat yang teraniaya? Allah telah menunjukkan bahawa kebenaran akan datang jua, lambat laung. Hanya kesabaran menjadi senjata orang-orang yang beriman. Namun begitu bagi mereka yang hatinya telah dihitamkan, masih tidak mengambil ikitibar.

Golongan ini sering menuduh pihak pembangkang membuat fitnah. Akhbar-akhbar pembangkang dikatakan penyebar fitnah dan memecah belah masyarakat. Manakala akhbar-akhbar mereka sahaja yang benar (walaupun hakikatnya sebaliknya). Mereka menuduh rakyat Kelantan dan Terengganu miskin sebab Kerajaan Negeri tidak tahu memerintah. Tetapi Allah Maha kuasa, Allah menggunakan jentera mereka sendiri untuk mendedahkan bahawa punca sebenarnya ialah Penyelewengan orang-orang mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin UMNO sanggup menyeleweng HAK rakyat TERmiskin. Mereka tuduh lagi Kerajaan Terengganu tidak pandai memerintah dan hampir bangkrap. Begitulah jadinya apabila Allah membekukan hati orang-orang zalim. Lupakah atau sengaja dilupakan mereka akan ROMPAKAN HAK rakyat negeri Terengganu yang mereka lakukan. Apakah mereka memerintah Terengganu dahulu tidak menggunakan Wang Royalti? Apakah mereka ingat kalau tanpa wang royalti Petroleum mereka boleh memerintah Terengganu? Itupun masih meninggalkan Hutang berjumlah lebih RM 700 juta.

Apa yang mereka kata fitnah semalam hari ini sudah menampakkan kebenaran. Kita pernah mengatakan Projek Mega Litar F1 adalah membazir, mereka mengecam kita, mereka menuduh kita membuat fitnah, hari ini sekali lagi wang rakyat dalam Petronas dileburkan demi menyelamatkan kegilaan Memanda Perdana Menteri. Kadar TOL lebuhraya dinaikkan sekali lagi dan akan dinaikan lagi dan lagi. Begitu juga dengan harga Petrol. Maka akan menyusul pula kenaikan barang-barang keperluan asas hasil dari kenaikan TOL dan PETROL. Sekali lagi rakyat jadi mangsa. Manakala golongan kaya bertambah kaya. Kerajaan UMNO/BN tidak akan merungut atau mengungkit tatkala mahu menyelamatkan kroni-kroni yang sedia jutawan. Tetapi mengungkit-ngungkit pemberian apabila rakyat marhaen mempersoalkan kenaikan harga kemudahan asas. Semua ini telah diberitahu oleh pihak pembangkang dan disiarkan oleh akhbar2 pro pembangkang. Tetapi mereka menuduh kita membuat fitnah dan menghasut rakyat membenci kerajaan. Namun begitu walaupun sudah terang kebenaran didepan mata, masih ada golongan taksub yang menafikannya.

Perkara ini berlaku disebabkan kurangnya ilmu. Sebab itu pemimpin-pemimpin UMNO mahu mengharamkan ceramah dan mereka lebih gemar mengharamkan Tazkirah dari mengharamkan arak dan judi. Bagi mereka Tazkirah itu satu dosa dan lebih besar dosanya dari maksiat. Pada hakikatnya mereka tidak mahu rakyat berilmu, kerana apabila rakyat memahami kehendak-kehendak Al-Quran maka rakyat akan berpaling dari mereka.

Sebagai orang yang beriman kita perlu yakin dengan janji Allah. Sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Bagi orang-orang yang berfikir maka kemenangan akan bersama-sama mereka. Kepada orang-orang UMNO, tinggalkanlah UMNO. Kerana UMNO sudah rosak lagi merosakkan. Kembalilah kepada ISLAM.

AnakGanu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com