Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


MEMBOIKOT BARANGAN AS TIDAK RASIONAL ?

Muqaddimah

Sebagai umat Islam kita haruslah mematuhi ajaran Allah dan RasulNya. Umat yang beragama dengan agama ini mesti percaya bahawa ajaran Islam penuh dengan kebijaksanaan dan mengajar manusia agar hidup berlandaskan kepada nilai kebenaran dan keadilan.

Manusia yang berpegang dengan nilai ini adalah manusia yang mengutamakan ajaran tersebut dan mengutamakan pembelaan kepada hak- hak kemanusiaan, nilai-nilai luhur dan golongan yang teraniaya. Sememangnya benda adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia tetapi kebendaan bukanlah kriteria penilaian yang utama. Inilah maksud dari pengakuan yang selalu dibaca dalam solat bahawa sembahyang, ibadah, hidup dan matiku adalah kerana Allah.

Rasulullah menegaskan "Bantulah saudaramu yang zalim dan yang terzalim. Sahabat bertanya membantu orang yang terzalim memang kami tahu tapi bagaimana membantu orang yang zalim. Baginda menjawab Kamu hendaklah menahannya dari melakukan kezaliman."

Membantu Saudara Kita di Afghanistan

Salah satu cara untuk membantu umat Islam di Afghanistan dan di negara-negara lain yang tertindas ialah dengan menyedarkan golongan tertentu di Amerika bahawa umat Islam boleh bertindak balas terhadap polisi luar negara mereka yang tidak adil. Golongan peniaga dan koprat Amerika tentu amat sensitif dengan masalah keuntungan perniagaan mereka. Sebagai contoh, pemboikotan para pembeli Arab terhadap barangan Amerika telah memberi kesan kepada beberapa perusahaan Amerika di rantau itu. Perkara ini dalam jangka panjang mungkin akan mempengaruhi para pembuat polisi luar negaranya.

Sebenarnya kalau semua umat Islam memainkan peranan yang paling minima dari apa yang boleh mereka lakukan dan bertawakkal kepada Allah, Insya Allah tindakan ini lambat laun akan memberi kesan. Keseragaman dan perlaksanaan yang menyeluruh ini adalah praktikal dan satu-satunya cara lumrah untuk mempengaruhi keadaan.

Kita semua harus percaya kepada Allah dan yakin kepada diri dan keputusan yang berasaskan kepada nas-nas agama dan tidak hanya bergantung kepada akal, kepentingan kebendaan dan muslihat diri semata-mata. Kalau kita hanya berdiam diri mengiakan kezaliman kerana hanya untuk menyelamatkan atau menjaga pelaburan Amerika, kedatangan pelancong atau dolarnya sudah pasti kita hidup berlandaskan kepada kepentingan kebendaan semata-mata.

Kita yakin rezeki kita adalah di tangan Allah. Sebelum Amerika melaburpun kita boleh hidup dan ada rezeki dikurniakan oleh Allah. Dengan rezeki Allah ini kita tidak akan bersikap kufur dan syirik kepadanya atau menentang titah perintahnya kerana semata-mata mengandaikan akan menjadi miskin kerana menentang kezaliman, mempertahankan keadilan dan kebenaran.

Tidak Praktikal?

Ada orang menyatakan bahawa saranan itu tidak praktikal. Apakah umat Islam tidak boleh memboikot makanan, pakaian, minyak wangi atau apa sahaja barang lain yang boleh mereka mencari alternatifnya dari barang keluaran negara lain. Apakah tidak praktikal mereka laksanakan hal ini sepertimana yang disarankan oleh ratusan alim ulama dan pertubuhan yang muktabar di dunia Islam.. Kalau perkara yang sebegini kecil dan mudah tidak lagi dilihat praktikal kita tidak tahu apa pula yang lebih praktikal dan rasional.

Adalah lumrah bahawa kita hanya perlu memboikot barangan yang kita boleh boikot sahaja kerana kita lemah. Kalau ada yang bertindak secara tidak bijak di sinilah perlunya mereka kembali merujuk kepada alim ulama dan tidak mengajar orang lain memperkecil dan merendahkan alim ulama kita. Penghormatan yang wajar kepada golongan alim ulama adalah suatu tuntutan agama kita.

Usaha Memperlekehkan Ulama'

Golongan yang cuba memaparkan seolah-olah para ulama mereka adalah golongan jahil realiti, emosional, tidak praktikal perlu ingat bahawa mereka tidak mendapat faedah dari tindakan celupar yang sedemikian. Mereka perlu kembali kepada kerangka pemikiran al-Quran dan Hadith dan bukan kepada kerangka pemikiran yang berasaskan kepada muslihat akal semata-mata. Maslahah yang dilindungi oleh perspektif syara' lebih jitu dan lebih unggul kebenarannya.

Dalam konteks jihad dan perjuangan membela golongan yang tertindas, Allah berfirman (maksudnya) "Seandainya kamu merasa sakit maka mereka juga merasa sakit , tapi kalian mengharapkan sesuatu dari sisi Allah dalam ketika mereka tidak menaruh harapan apa-apa (kepadaNya)."

Insya Allah dengan pertolongan Allah dan kesatuan fikrah, tindakan dan barisan yang padu kita boleh menghasilkan sesuatu. Kita tidak boleh berputus asa atau hilang keyakinan diri dan sikap tabah. Tabah menghadapi dugaan dan tantangan adalah suatu yang dituntut dalam Islam.

Kita yakin golongan kapitalis juga memikirkan kepentingan kebendaan mereka. Mereka juga akan mengalami kerugian pasaran dan pelanggan. Kita harap mereka bersikap rasional dan tidak menentang arus menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Umat Islam juga bukanlah anti kepada barangan mereka selama- lamanya. Kita hanya menggunakan kaedah ini dalam rangka protes dan menimbulkan kesedaran. Kalau mereka kembali kepada keadilan dan kewajaran kita boleh meneruskan usaha membentuk alam atau dunia yang lebih makmur.

Ulama menyedari realiti kebergantungan ekonomi negara terhadap Amerika, tetapi ia sepatutnya tidak dibiarkan bersifat kekal. Lebih jauh, tanggungjawab solidariti sesama Muslim itu merupakan tuntutan agama yang mesti didahulukan dari kepentingan untuk meningkatkan kekayaan diri.

Kita perlu mencari jalan keluar dari telunjuk kuasa besar yang mencengkam umat Islam. Kitalah yang harus menjadi pendahulu di dalam memerdekakan negara kita dari kuasa-kuasa dunia. Satu realiti baru harus diwujudkan di mana pergantungan ekonomi dikalangan umat Islam atau negara Islam sesama mereka.

Suatu bentuk penguasaan ekonomi perlu diusahakan demi mengembalikan maruah bangsa dan umat Islam. PUM sudah lama mengesyorkan dan menyokong untuk diwujudkan blok ekonomi Islam yang boleh mengeluarkan kita dari kebergantungan kepada orang lain.

Emosi dan perasaan yang lahir dari kewajipan agama adalah merupakan sebahagian dari jatidiri umat yang berpegang kepada agama. Tanpa komitmen kepada emosi yang dijana oleh kefahaman agama yang mendalam, umat Islam akan hidup di dalam kepompong pemikiran sekularisma. Natijahnya, mereka akan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan atas alasan ekonomi. Oleh itu saranan Utusan Malaysia dan Beri harian agar uma islam meminggirkan emosi keagamaan adalah satu saranan yang bercanggah dengan persepsi Islam.

Sikap Mempertuankan AS adalah Bacul

Sikap menganggap AS sebagai satu kuasa besar yang menentukan hal ehwal ekonomi masyarakat antarabangsa dan pendiriannya tidak akan berubah oleh variable tertentu termasuk pemulauan ekonomi dari massa umat Islam seluruh dunia adalah menafikan kemungkilan akal atau realiti, sebab reality sebelum ini juga menunjukkan bahwa AS menarik balik tenteranya dari Somalia hanya setelah 16 orang tenteranya terbunuh. Ini bermakna kemungkinan mereka mengubah polisi luar negara mereka yang tidak adil kerana menyelamatkan kepentingan ekonomi dan perniagaan mereka adalah suatu yang mungkin. Memustahilkan perkara ini bercanggah dengan akal dan reality sebelumnya. Perbuatan berkenaan adalah membayangkan sikap putus asa dan kekalahan dalam semangat dan jiwa hasil dari serangan budaya yang dihadapi oleh pengarang berkenaan. Kekalahan dalam alam jiwa sebelum menghadapi pentempuran sebenarnya adalah suatu yang memalukan. Apakah suatu yang memalukan ini hendak dipanjangkan atau disarankan kepada orang lain? Adakah ini caranya membangun jati diri umat dan keperibadian umat?

Merugikan Kita?

Dalam rencana Utusan Malaysia bertarikh 6hb Disember, pengarang berkenaan mengatakan bahawa: Sebarang pemulauan barangan dan perkhidmatan AS akan lebih merugikan kita daripada menjejaskan ekonomi kuasa besar itu.

Dalam hal ini kita berpendapat bahawa tindakan yang menyeluruh, bersepadu dari kalangan umat islam seluruh dunia sudah pasti akan memberi kesan terhadap AS sedikit atau banyak. Apa yang penting ialah umat Islam hendaklah bertindak secara bijaksana dalam melakukan pemboitan tersebut dan mengelakkan diri dari tindakan yang boleh memangsakan diri sendiri. Kita yakin umat islam yang bijak, pintar dan rasional akan dapat melaksanakan tuntuan resolusi Ijtima' Khas Ulama' yang lepas dengan jayanya insyaallah. Allah Maha Besar, jika Allah menolong kita tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan kita. Yang penting kitahendalah menghargai pandangan alim ulama' dan memahaminya dalam semangat ukhuwah, mahabah dan penghormatan. Ulama' pewaris para Nabi, martabat mereka perlu dilindungi oleh media massa dan orang-orang seperti pengarang berkenaan.

Allah berfirman:
Katakanlah (wahai Muhamad) seandainya bapa, anak, saudara, isteri, kerabat, harta yang dapat kamu raih serta perniagaan yang kalian takutkan kerugiannya serta tempat tinggal yang kalian betah ldenagnnya lebih kalian cintai daripada Allah, Rasul serta berjihad di jalanNya maka tunggulah ketika Allah menurunkan ketentuanNya (hukumNya)
Taubat: 24.

Oleh: 'Anak Ulama'






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com