Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


RENUNGAN UNTUK SEMUA

Kita ingatkan bila tiba masanya pilihan raya kita bebas untuk mengundi. Bila kita tanya pada pemimpin – pemimpin kita ( BN ) mereka kata “ Ya, kita amalkan system demokrasi, boleh undi mana – mana parti pilihan kita sendiri”. Tapi bila tiba masanya untuk mengundi adakah kita diberi peluang untuk mengundi parti yang kita sokong?

TIDAK. Saya boleh buktikan. Dulu masa pilihan raya di Sarawak ayah saya mengundi salah satu daripada parti pembangkang dan tahu apa yang terjadi pada beliau selepas tu. Kerana ayah saya mengundi pembangkang beliau telah dipindahkan dan diarahkan untuk mengajar di sekolah pendalaman. Ayah saya cuba untuk merayu pada pihak atasan tetapi dukacitanya rayuan beliau ditolak dengan alasan pihak yang lebih tinggi daripada mereka ( yblah tu ) yang mengarahkan mereka untuk memindahkan dan menghantar org pembangkang ke pendalaman.

Dimanakah keadilan system demokrasi yang dilaung – laungkan oleh BN. Saya sendiri pun terkejut apabila kali pertama saya mengundi rupa – rupanya pada kertas undi ditulis nombor dafter pengundi. Adakah ini dinamakan undi kita adalah bebas dan tidak diketahui oleh orang lain. FIKIRLAH. Jika system seperti ini berterusan sampai bila bila pun kakitangan awam akan berasa takut untuk mengundi pembangkang kerana mereka tahu undi mereka dapat dikesan dan jika mereka mengundi pembangkang sudah pasti nasib mereka akan sama seperti nasib yang pernah ayah saya alami……

andy chin






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com