UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Siapa nak bunuh Siapa kena bunuh?

oleh: AKUPUNYA

Macam-macam berita sensasi dan berita basi yang dipaparkan di media-media arus perdana dan media-media elektronik. Kadang-kadang cukup mengelikan hati, “pandai” sungguh mereka mensensasikan berita tersebut.

Siapakah yang mahu membunuh PieM “kesayangan” ramai rakyat jelata dan “pemimpin NEGARA ISLAM Malaysia”? Sungguh tidak “berhati perut” orang itu… bukankah “banyak” jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh PieM sepanjang dua dekat pemerintahan??? Lihatlah negaraku yang indah permai dan majujaya…bahkan LEBBIH maju dari Brunei kan??? Brunei mana ada bangunan pencakar langit dan segala yang ter… ter… ter… di dunia walaupun merupakan negara yang terKAYA di dunia. Kenapa ye?? Agaknya Sultan Brunei tak “terror” macam PiEM kot???

Mungkin itulah penyebabnya orang nak bunuh PieM kita, mereka terLAMPAU-lampau mencemburui “track record” baik PiEM kita… Kata Pak Ali, Baik? Baik ada makna tu….Maka bertambah-tambah le beban kerja Polis DiRaja Malaysia nak siasat beribu-ribu…kes. Ni nak kena bayar gaji lebih kerana kerja lebih ni…

Betulkah kata-kata Timbalan Ketua Bahagian keADILan Shah Alam, YM Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid (lebih dikenali sebagai Raja Komando) yang ada menyatakan bahawa kemunculan dakwaan plot untuk membunuh Perdana Menteri dan timbalannya ada kena-mengena dengan 'kekalutan' BN menghadapi pilihanraya kecil Indera Kayangan yang dijangka akan berlangsung dalam bulan Januari.

Benarkah laporan akhbar The Sun yang telah membongkarkan satu 'plot' untuk membunuh Perdana Menteri dan timbalannya sejak beberapa bulan lalu? Laporan itu melaporkan bahawa seorang pembunuh upahan yang dipanggil 'Raja Komando' telah dikenalpasti bertanggungjawab menjalankan pembunuhan itu.

Raja Komando telah bertindakbalas menangani 'fitnah' terhadap dirinya itu dengan meminta pembuktian ke atas dakwaan tersebut dan telah berunding dengan panel peguam untuk mengkaji tindakan lanjut yang boleh diambil.

Yang lebih menghairankan pihak perisikan polis telah mendapat maklumat mengenai komplot itu sejak beberapa bulan yang lalu, walau bagaimana pun hanya didedahkan sekarang. Adakah pendedahan komplot itu bertujuan untuk memburuk-burukkan nama keADILan, seterusnya menjejaskan sokongan masyarakat Tionghua kepada keADILan dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi?

Bertepatan dengan pergolakan dalaman MCA yang semakin memuncak, ramai yang menjangkakan BN tidak lagi yakin akan keupayaan parti itu meraih sokongan masyarakat Tionghua, lalu menggunakan taktik menakutkan rakyat bagi memenangi pilihanraya itu.

Raja Kamaruddin juga menyifatkan laporan akhbar itu sebagai satu langkah awal yang boleh digunakan untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri jika perlu tambahan pula beliau adalah satu-satunya saksi utama perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang turut terlibat di dalam komplot menjatuhkannya (Dato' Seri Anwar). Oleh itu, menurut beliau, ramai pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau terus memberikan ceramah mengenai komplot tersebut.

Kita sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi bakal menyaksikan tindakan-tindakan yang serupa sepertimana kes-kes yang terdahulu yang telah menjadi lipatan sejarah. Mungkinkah ini merupakan “sandiwara” atau “sendiwara” terakhir sebagai penutup kelendar tahun 2001 yang penuh “sandi-sendi”.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 31 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com