Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Sekadar coretan di bulan mulia

Assalamualaikum,

Saudara editor,

Sejak bulan yang penuh keberkatan ini tiada kesempatan Awedonde menulis lantaran kesibukan tugas. Apa yang awedonde ingin kongsi bersama di ruangan ini ada dua nama awedonde.Agak terperanjat juga, dua nama tetapi orangnya berlainan.

(1)Puasa

Sudah maklum di bulan ramadhan semua umat islam wajib berpuasa dengan syarat-syarat telah termaktub tetapi di Kuala Lumpur ini,Awedonde perhatikan cukup menyedihkan.Tiada erti malu dan segan lagi tidak tahu menghormati orang lain berpuasa selamba membawa makanan dan minuman menghisap rokok dengan 100% wajah kemelayuan.Cuba saudara semua bayangkan jika kita bertanyakan adakah anda non muslim?Di situ juga saudara dihamburkan berbagai perkataan,tetapi membawa makanan tanpa segan silu tidak menjadi hal pula.Inikah rupanya negara Islam...

Sudahlah labu!!!

(2)Pendatang

Cuba saudara perhatikan berapa ramai umat Islam pendatang berpuasa.Mereka sanggup meneruskan puasa walaupun berkerja di bawah cahaya matahari yang tidak tahu erti kehangatan orang lain bahkan mereka di malam hari sanggup ke surau-surau atau masjid bertawarih.

Cuba bandingkan umat islam di Kuala Lumpur!Inikah Islam yang dibanggakan oleh ustaz Al-Astora Jabat kot!

(3)Amno memang tak pernah cerdik

Semalam seorang teman sengaja mengusik untuk menguji kecerdikan penyokong Amno.Katanya pada Awedonde sendiri wah...seorang Pas dan seorang Amno,Pas ditujukan pada Awedonde dan Amno itu pada teman sebelah.Tiba-tiba teman dimaksudkan Amno itu mencelah,Amno dengan Pas adalah sama sahaja.Teman Awedonde berkata mana boleh sama Pas dan Amno,Amno kejam menghukum orang tanpa siasatan,mengurung orang tiada apa bukti kesalahan,menutup mulut rakyat yang ingin keadilan.Dan bila hujahnya tidak dapat disangkal punyalah bebal si Amno ini melalut pada soalan lain,macam biasalah beb! Alah...makan gaji pun dengan BN.Teman sebelah sana menjawab makan dengan kerajaan BN tetapi bukan dengan Amno,sia-sia si Amno terkena.

Sekian untuk renungan bersama!

Awedonde(masih berdonde)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com