Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Cerita Hari Raya

Assalamualaikum,

Salam sejahtera semua,

Buat teman seperjuangan,tidak terlambat kiranya Awedonde untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hariraya Idul Fitri dan tidak lupa untuk DSAI di Sungai Buluh. Sudah agak lama Awedonde bercuti sejak menyambut syawal kerana kesibukan balik kampung untuk berjumpa sanak saudara teman dan rakan taulan. Pertamanya Awedonde ingin memohon maaf pada semua pembaca ruangan ini terutama pada penyokong parti "keris"telanjang itu. Sudah maklum ketika Awedonde memandu menuju ke Tranung melalui Karak Highway perjalanan pada mulanya cukup lancar sekali namun sampai ke pekan Karak sehingga ke simpang Temerloh jalannya cukup dashyat sekali kerana wargakota semua menuju ke kampung halaman masing-masing.

(1) Komen Pertama

Terfikir Awedonde beginikah rupa negeri Darul Makmur selama 40 tahun lebih merdeka jalan masih "kesempitan".Wahai kerajaan Pahang bilakah anda ingin memperbesarkan dan melebuhrayakan jalan tersebut itu belum termasuk lembu kerbau berkeliran di tengah jalan,khasnya di kawasan Lanchang.Terengganu janganlah diambilkira negeri miskin dari dahulu lagi.Tidak bolehkah diperbesarkan jalan tersebut?Jika anda yang tidak pernah memandu ke Terengganu waktu malam jangan sekali anda terkejut beruk pulak jika terlanggar kerbau.Jangan anda berkata,itu hang punya pasal bawak kereta laju-laju siapa suruh.Itu alasan bodoh!Ini bukan masalah drive dengan laju tetapi "keramaian"lembu kerbau tidak dapat di sangkal lagi.Sekurangnya taruklah papan tanda,sudahlah dengan lampu jalannya tiada.

(2)Wang ehsan ke wang ihsan

Awedonde ingin mendapat kepastian dari semua khasnya dari pihak Tranung betul ke dia orang dapat duit ehsan untuk hariraya.Dengar cerita sebanyak RM300.00 seorang.Di pilih dan mengikut rasahati wakil pemberi tersebut.Jika terlintas di hati nak bagi ia akan bagi.Kalau dikenalpasti penyokong PAS ia tidak akan dapat.Tempat Awedonde duit tersebut diberi di sekolah Teluk Menara,Manir.Ada pula kalangan penyokong Amno yang dapat, bersungut sejak PAS memerintah merasa juga duit kerajaan.Ketika BN menerajui Tranung jangan diharap katanya!2004 kita pakat bagi undi kepada PAS lagilah.Selepas menerima duit tersebut depa mengucapkan berbanyak terimakasih,tetapi si wakil pemberi itu menjawab jangan berterimakasih sekarang,2004 katanya.Kempenlah tu kot...

Awedonde nak tahu betul ke cerita ini.

(3)Bendera

Sepanjang berhariraya dari hilir ke hulu Tranung Awedonde ternampak bendera Amno bergantungan di tiang-tiang lampu jalan.Awedonde bertanya dalam hati,kenapa penyokong PAS tidak merasa irihati untuk membuang bendera tersebut,tiada arahan ke?Atau memang perangai orang PAS tidak suka mencari gaduh sebagaimana di Kuala Lumpur ini.Buat orang kampung semua jika di Kuala Lumpur bendera pembangkang berada di puncak tiang lampu alamat cari pasallah tu.Inilah perbezaannya,tidak boleh fikir lagi Awedonde tak tahu lah.

(4)Email

Awedonde ucapkan berbanyak terimakasih kerana saudara kita "Penjuang Tulin" reformasi sudi menghantar ucapan hariraya untuk Awedonde sekeluarga iaitu Saudara Rahim Ghouse.Awedonde pun tidak ketahui dimanakah beliau sekarang.Jika teman-teman tahu boleh email pada Awedonde.

(5)Amno

Awedonde nak komen sikit dari pembacaan Awedonde artikal diruangan ini,dapat disimpulkan bila masa orang Amno cerdik?Tiada seorang pun.Jangan lupa semua berikan undi anda untuk BA di Indera Kayangan.

Sekian

Awedonde (masih berdonde)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com