UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Cerita khutbah Jumaat

Assalamulaikum,

Salam reformasi,semoga semua pengunjung beroleh kejayaan di dalam menegakkan keAdilan.

Apa yang Awedonde hendak berkongsi cerita pasal khutbah Jumaat pada 28hb.Dis 2001 bertempat di sebuah masjid di Jalan Quarry semalam. Awedonde bersolat Jumaat di sana pada hari semalam. Awedonde bukanlah seorang yang pandai tentang hukum hakam macam ulama-ulama di Malaysia,tetapi Awedonde tersangat musykil isi kandung khutbah hari itu kerana khatib yang menyampaikannya cukup "getik" jika para makmum yang cakna tentang isi kandung bacaannya.Awedonde tidak nafikan tidak semua para jemaah terlena ketika khatib menyampaikan khutbah kerana ini adalah perkara biasa berlaku di mana-mana masjid sekalipun.

(1)Negara Islam

Khutbah pada hari itu menyebut pasal "Malaysia Boleh" adalah negara Islam dan umpama sebuah ceramah politik khatib tersebut memberi hujah.Alhamdulillah sekiranya Malaysia sebuah negara Islam.Khatib tersebut memberitahu ada setengah pihak tidak senang dengan pengistiharan oleh Y.A.B. PM Malaysia adalah negara Islam.Siapa lagi jika bukan PAS dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.Khatib tersebut mengatakan negara Islam cukup adil untuk semua kaum walaupun mengurung orang di Sungai Buluh dan Kamunting tanpa menunjukkan bukti yang sah.Inikah yang dimaksudkan oleh khatib tersebut.Beliau menyebut lagi dengan nada tergagap-gagap memberi nama-nama para ulama pada masa dahulu bahawa Malaysia ,berpandu pada hujah ulama tersebut memanglah Malaysia negara Islam,beliau menyebut para ulamak yang muktabar.Siapakah ulamak yang mutakbar tersebut?Awedonde pun tidak faham.Jika sessi soal jawab orang yang akan bertanya mula-mula sudah tentu Awedonde,masalahnya sekarang ialah khutbah Jumaat. Persoalan Awedonde kenapa pengumuman tidak di buat di Parlimen?Kenapa di dihadapan penganut bukan agama Islam. Jika mengikut pada hujah TG Aziz senang sahaja,jika depa beli kereta sorong depa hendak menamakan "mercedes" itu terpulang pada mereka.Pada Awedonde rentikanlah menyampaikan khutbah Jumaat seperti itu.Jangan dok memesongkan fikiran orang lain.

(2)Anak Melayu

Terlanjur Awedonde menulis,apa yang Awedonde ingin berkongsi cerita pada ibubapa di kampung-kampung khasnya di Terengganu dan Kelantan terutama puak Amno.com ketika Awedonde balik kerja pada malam Krismas melalui federal highway tiga orang anak muda Melayu Boleh berlumba di jalan tersebut dengan gaya meniarap di atas motor dengan kelajuan tidak dapat Awedonde agak,terpaksa Awedonde ketepi ngeri kalau-kalau terbabas merempuh Awedonde yang tiada berkaitan.Terfikir Awedonde inikah gaya hidup umat Islam di negara Islam?Terlebih baik berlumba mengikut saluran lagipun Malaysia sudah memilki litar lumba paling canggih di Sepang.Ingin Awedonde bertanya pada puak Amno.com adakah ini caranya yang anda banggakan?Atau ini hasutan puak pembangkang?Cukup sedih saudara sekelian.Ibubapa menganggap anak-anaknya datang ke kota mencari rezeki,yang mana belajar akan terus belajar tetapi cukup hampa jika mereka menyaksikan dengan mata kepala sendiri.

(3)Banjir

Jika anda menatap paper lama bertarikh 25hb Dis bertajuk Sultan Pahang murka kerana setengah orang kenamaan tidak menghiraukan rakyat jelata ditimpa banjir katanya.Awedonde boleh tafsirkan mereka-mereka hanya memerlukan rakyat hanya lima tahun sekali.Yang menjadi tandatanya rakyat itu sendiri lalai dan tidak ada kesedaran.Jangan salahkan banjir itu adalah kerja Allah.Sekian renungkanlah wahai rakyat Pahang khasnya para Amno.com

Awedonde(senantiasa berdonde...)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com