Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Mahathir dengan Dubuknya

Oleh: b_mogg

Betapa malangnya kita sebagai umat Malaysia masih menyimpan mumia bernyawa di bumi tanahair tercinta. Kenapa? Sudahlah dia menolak akan hukum hakam Islam malah tiada teguran kepada orang yang memperlecehkan Islam, apakah patut kita menyimpan si mumia ini? Dengan hanya kulit kering menyelimutkan tulang temulang, kalau aku smash sudah tentu si astora ulama' darwin ini akan mengutip tulang si mumia untuk di buat kajian.

Ada pihak dengan dungu mempersoalkan akan kategori ulama'. Secara transperasi menampakan ke dubukan yang keterlaluan di pihak UMNO apabila manusia sebegini menggunakan kitab kamus DBP. Adakah logik mentafsir kan ulama' dari sebuah kamus, kenapa tak tafsirkan perkataan yang agak islamik dari kamus DBP? Pening penulis apabila memerhatikan betapa jahil nya sebahagian besar penyokong UMNO dubuk merapu ini. Penyakit sebegini telah lama mendominasi di akal fikiran ulama' dubuk UMNO. Ada pun sekadar cukup bulan collect gaji, tiada berpegang pada falsafah seorang ulama'. Sudah terlalu banyak contoh yang boleh kita kaitkan dari urutan peristiwa mengenai si dubuk UMNO ini.

Antara nya muncul nya ulama' yang entah dari mana dia belajar mengatakan "perempuan selepas menopaus tidak wajib memakai tudung". Alasan si Astora Darwin ini hanyalah dengan menggunakan teori bahawa apabila seseorang wanita sampai ketahap putus haid, nafsu seks sudah tiada dan kita lelaki pun tiada nya berahi melihat akan wanita yang sudah ke tahap ini. Mudah nya berkata-kata!!

Ulama' darwin ini menggunakan teori akal nya untuk memperjelaskan status tudung kepada umat manusia. Boleh di terima pakai ke ulama' ini? Jika lah kita biarkan ulama'ini berleluasa di bumi kita maka kita sedang menuju kearah negara yang terlalu sekular. Lihat sahaja apa yang berlaku di Mesir, Algeria, Tunisia, Maghribi dan apakan lagi Turki. Apakah kita mahu negara kita kearah negara Islam Sekular?

Ulama' UMNO memang lah gah dan berani sehingga menteri kabinet menyindir dan memperlecehkan kan Islam buat tidak ambil peduli. Pernah tidak kita dengar akan perkataan:

1.Quran boleh bikin jalanraya kah??

2.Umat islam akan ketinggalan jika memakai tudung!!

3.Nabi dulu tiada pisau gillette!!

4.Jika hukum hudud dilaksanakan, maka banyak lah sup tangan kita boleh dapati!!

5.Jika perlaksanaan hukum rejam dengan batu pada penzina maka payahlah kita nak buat jalanraya!!

Dimana ulama UMNO pergi? Apakah boleh berlaku kes tegur atau kritik secara terbuka di dalam UMNO? Penulis merasakan amat terlalu jarang berlaku dan mungkin mustahil. Semua ulama' UMNO buat hal sendiri atau hanyalah berfalsafah yes sir, maka panjanglah umur seseorang yang ingin bertapak di belakang si mumia hidup ini.

Umat UMNO yang memegang kuasa mudah melupakan akan teguran yang di lemparkan oleh ulama' apakan lagi seorang rakyat. Masih ingat akan teguran yang di buat oleh Mufti Besar Perak akan keruntuhan sosial orang-orang melayu sedikit sebanyak berpunca dari kebanjiran rancangan yang didatangkan dari Bollywood. Persoalannya apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Penerangan apabila seorang mufti menegur akan masalah ini?

Penulis membayangkan mereka seumpama "master of puppets" yang sedang diarahkan oleh si pengarah!!

ULAMA' DUBUK UMNO!!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com