UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sirih Pulang ke Ganggang..

Oleh: b_mogg

Di hari raya baru-baru ini, penulis berkesempatan menerima jemputan di majlis Hari Raya Aidilfitri di rumah YAB Menteri Besar Terengganu di kediaman rasmi beliau. Majlis tersebut adalah untuk meraikan anak watan yang bekerja di luar negeri Terengganu. Di samping itu ia turut memuat kan sessi dialog antara barisan pimpinan PAS negeri Terengganu dan anak watan.

Alhamdulillah setelah 2 tahun barisan kepimpinan yang diketuai oleh Tuan Guru telah berupaya menunaikan janji yang telah dibuat dalam manifesto pilihanraya dahulu. Antaranya:

-Lesen premis Jumlah premis perjudian:6 buah Jumlah premis penjualan arak dikalangan bukan Islam

-Sebelum tahun 2000 = 41 buah

-Selepas tahun 2000 = 8 buah

-Menaikkan bayaran elaun Imam dan Bilal dari RM150 ke RM300.

-Menaikkan bayaran bantuan kemiskinan dari RM50-100 ke RM120-200 sebulan.

-Penjimatan penggunaan elektrik sebanyak RM36000 sebulan.

-Penangguhan pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang akan melean belanja sebanyak RM200 juta.

-Membina perumahan rakyat di daerah-daerah seluruh negeri Terengganu.

-Membuka semula permohonan tanah.

-Tiada lesen baru dikeluarkan.

-Penghapusan cukai-cukai.

-Tol Jambatan Sultan Mahmud di mansuhkan.

-Cukai bakul dihapuskan.

-Lesen Perahu dan beca roda tiga di mansuhkan.

-Pengkajian semula permit pindah dan sembelih haiwan ternakan.

-Menghapuskan bayaran ternakan lembu korban.

-Menghapuskan bayaran cukai pintu rumah.

-Cukai tanah akan ditukar kan sistem zakat dan kharaj.

Dan ia telah mampu dilakukan oleh pimpinan ulama bagi memastikan Kerajaan Terengganu bebas dari amalan rasuah dan penyelewengan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com