Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pemuda BA dan NGOs hantar memo bantah perlantikan Gani: YB Saifuddin

KUALA Lumpur: Pemuda BA dan empat NGO bersepakat mengambil tindakan lanjut membantah perlantikan Datuk Abdul Gani Patail melalui penyampaian memorandum kepada bakal DYMM SBP Yang diPertuan Agong, Majlis Raja-raja, Speaker Dewan Rakyat Tun Zahir Ismail dan Ketua Pembangkang YB Dato' Fadzil Noor.

Tindakan itu diumumkan oleh Pemuda BA yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pemuda keADILan YB Saifuddin Nasution dalam satu sidang media di ibu pejabat keADILan semalam.

YB Saifuddin turut mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Rais Yatim merafak sembah memohon ampun dengan Majlis Raja-raja kerana menghina dan membelakangkan Raja-raja Melayu baru-baru ini. Beliau dilaporkan menggambarkan seolah-olah protokol perlantikan Peguam Negara yang perlu dibuat oleh DYMM SBP Yang diPertuan Agong sebagai 'tidak penting' dan 'kerajaan perlu dibiarkan melaksanakan tanggungjawabnya.'

Mengulas kenyataan Datuk Dr. Rais itu, YB Saifuddin menjelaskan bahawa Pemuda BA memandangkan tinggi institusi Raja-raja sebagai mekanisme 'check and balance' (timbang tara) kepada kuasa eksekutif. Beliau juga menegaskan bahawa tanggungjawab DYMM SPB Yang diPertuan Agong yang diamanahkan membuat lantikan pegawai tinggi kerajaan adalah mempastikan lantikan-lantikan tersebut memperlihatkan tahap integriti yang tinggi.

"Oleh yang demikian, kita minta Perdana Menteri pastikan tidak ada menteri yang bertindak tergopoh-gapah sehingga melanggar peruntukan Perlembagaan," katanya merujuk kepada pengumuman perlantikan Datuk Abdul Gani sebagai Peguam Negara sedangkan almarhum DYMM SBP Yang diPertuan Agong sedang gering.

Perlembagaan memperuntukkan bahawa perlantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh DYMM SBP Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

"Mahathir hendaklah mengumumkan perlantikan Peguam Negara yang baru selepas DYMM SBP Yang diPertuan Agong yang baru ditabalkan pada 12 Disember ini. Semua pengumuman sebelum ini hendaklah dibatalkan," kata YB Saifuddin lagi.

Mengulas lanjut mengenai perlantikan Datuk Abdul Gani Patail, YB Saifuddin mewakili Pemuda BA dan NGO berkata bahawa ia membuktikan kerajaan sanggup memijak Perlembagaan semata-mata untuk mempastikan Gani yang selalu melakukan 'kerja kotor' Perdana Menteri menjadi Peguam Negara.

Menurut beliau, tindakbalas rakyat mengenai perlantikan itu amat jelas, yakni rakyat menjadi semakin yakin bahawa kerajaan merancang untuk melakukan lebih banyak 'kerja kotor' selepas ini.

Datuk Abdul Gani Patail yang hanya lulus ijazah kelas ketiga menjadi sasaran kritikan apabila peguam Datuk Nallakaruppan mendedahkan bagaimana beliau cuba mengugut Datuk Nalla mereka-reka bukti palsu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam penghakiman kes rayuan Zainur Zakaria, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan mempersoalkan tindak-tanduk Gani dan hakim Augustine Paul. Hakim Datuk Steven Shim menulis bahawa 'Gani perlu menjelaskan tindak-tanduknya itu.'

Pemuda BA turut disertai oleh Suaram, HAKAM, Inisiatif Manifesto Rakyat dan WCI dalam pakatan membantah perlantikan Gani itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com