UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kemunculan 'plot bunuh PM' ada kena mengena dengan DUN Indera Kayangan: Raja Komando

KUALA Lumpur: Timbalan Ketua Bahagian keADILan Shah Alam, YM Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid (lebih dikenali sebagai Raja Komando) menyatakan bahawa kemunculan dakwaan plot untuk membunuh Perdana Menteri dan timbalannya ada kena-mengena dengan 'kekalutan' BN menghadapi pilihanraya kecil Indera Kayangan yang dijangka akan berlangsung dalam bulan Januari.

Semalam, akhbar The Sun melaporkan bahawa pihak polis telah membongkarkan satu 'plot' untuk membunuh Perdana Menteri dan timbalannya sejak beberapa bulan lalu. Laporan itu melaporkan bahawa seorang pembunuh upahan yang dipanggil 'Raja Komando' telah dikenalpasti bertanggungjawab menjalankan pembunuhan itu.

Raja Komando, yang mengeluarkan kenyataan sebagai tindakbalas laporan yang beliau anggap 'fitnah' terhadap dirinya itu - memberi tempoh dua minggu kepada akhbar itu untuk membuktikan dakwaan tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa beliau sudahpun berunding dengan panel peguam untuk mengkaji tindakan lanjut yang boleh diambil.

Beliau juga mempersoalkan masa konspirasi plot itu didedahkan kepada umum.

Laporan itu memetik sumber polis bahawa pihak perisikan polis telah mendapat maklumat mengenai komplot itu sejak beberapa bulan yang lalu, walau bagaimana pun ia hanya didedahkan kini.

Pemerhati politik mebuat kesimpulan bahawa pendedahan komplot itu bertujuan untuk memburuk-burukkan nama keADILan, seterusnya menjejaskan sokongan masyarakat Tionghua kepada keADILan dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut statistik pilihanraya umum lalu, sokongan undi Melayu di DUN itu melepasi 85%, menyebabkan BN terpaksa bergantung harapan kepada undi masyarakat Tionghua.

Berikutan pergolakan dalaman MCA yang semakin memuncak, ramai yang menjangkakan BN tidak lagi yakin keupayaan parti itu meraih sokongan masyarakat Tionghua, lalu menggunakan taktik menakutkan rakyat bagi memenangi pilihanraya itu.

Raja Kamaruddin juga menyifatkan laporan akhbar itu sebagai satu langkah awal yang boleh digunakan untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri jika perlu.

Menurut beliau, setakat ini beliau adalah satu-satunya saksi utama perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang turut terlibat di dalam komplot menjatuhkannya (Dato' Seri Anwar). Oleh itu, menurut beliau, ramai pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau terus memberikan ceramah mengenai komplot tersebut.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com